ISU Pelaksanaan GST yang dikaitkan dengan kenaikan harga barang, Penderhakaan adun-adun Pembangkang terhadap Sultan Perak dengan berpakaian hitam semasa pembukaan sidang dun sehingga menyebabkan kemurkaan Baginda SULTAN membatalkan santapan serta polemik pelaksanaan Hudud di Kelantan mewarnai lanskap politik Negara.
Pelaksanaan sistem GST bagi memperkukuhkan kecekapan kutipan cukai telah dimanipulasi oleh para peniaga dengan menaikkan harga barang sehingga 15%! Kepada siapa lagi rakyat berharap untuk mengadu, selain dari pihak berkuasa.
Pihak berkuasa dilihat semalam berhempas pulas memastikan pelaksanaan GST ini tidak dicemari dengan sikap peniaga tamak yang sewenang-wenangnya memanipulasi keadaan. Natijahnya ribuan laporan diterima oleh agensi berkaitan dan GST akhirnya dapat dimulai dengan lancar. Sudah pastinya di peringkat permulaan kekeliruan timbul sama ada dari pihak peniaga mahupun pembeli. Kebannyakan dari pembeli keliru apabila setiap resit atau harga ditandai dengan caj GST. Pembeli perlu tahu bahawa dahulunya pembeli tidak mengetahui harga barang tersebut sebenarnya telahpun dikenakan cukai dari 6% - 10%. Sekarang mereka sudah tahu barang mana yang dikenakan cukai, barang mana yang tidak dicukai.
Media-media pembangkang mula mengelabui mata rakyat dengan menaikkan isu kenaikan harga barang dan dikaitkan dengan GST bagi mengalihkan tumpuan kepada isu parah yang sedang melanda mereka terutamanya isu Penderhakaan terhadap Sultan Perak yang membangkitkan kemarahan masyarakat dan perpecahan ideologi dalam perjuangan memartabatkan Hukum Allah Azza Wa Jalla iaitu Hudud.
Malangnya perpecahan bukan sahaja dalam kalangan DAP dan Pas, malah ia ternyata parah apabila MP PKR Melayu - Islam menyatakan Hudud masih belum sesuai di Malaysia. Ada dalam kalangan pemimpin PAS sendiri mendokong ideologi ''Hudud masih belum sesuai" !
Ternyata PAS memerlukan sokongan dan dokongan MP ISLAM dari UMNO dalam perjuangan yang sama iaitu memartabatkan Islam dan hukumnya di tanah Melayu ini. Pas juga gagal dalam mendidik sekutunya DAP yang dulu kononnya kesepakatan mereka adalah atas dasar tahalluf siyasi juga ada yang mentakrifkannya sebagai "Pakatan untuk mendidik DAP" / meliberalkan KIASU DAP. Nah, sekarang lihatlah siapa yang menjadi Liberal dan pihak mana yang terdidik dengan didikan yang salah itu?
+ comments + 3 comments
Benar ketika ini Pakatan Rakyat tergendala dengan pelbagai masalah dalaman. Kegagalan projek 'kita lawan' adalah isyarat PR sedang diambang kemusnahan. Kepimpinan ulamak seperti sedang seizing back organisasi PAS atas dasar kehendak perlembagaan parti. PKR adalah parti 'keluarga' dan ramai ahlinya sudah mula memberontak ketika ini. DAP yang nyaman agak sukar menerima keadaan yang berlaku lantas mereka sedaya upaya mempertahankan sokongan orang cina terhadap DAP dengan cara memastikan orang cina ikut telunjuk dan menyebarkan lebih banyak propaganda menghentam kerajaan. Lihat bagaimana panic situation kaum cina sehari sebelum tarikh GST berkuatkuasa. Mungkin mereka mengharapkan Arab Spring berlaku tetapi apabila orang mula bercerita untuk memahami hudud, maka rakyat Malaysia jadi semakin obses dengan hudud!!!!
terima kasih atas pandangan encik
Hello,
Terima kasih kerana semua cadangan anda ennormement di laman web ini. Saham anda adalah sangat menarik dan sangat bermanfaat. Tahniah kepada anda.
Saya ingin anda kesinambungan yang baik.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...