Pelampau CINA! DONG ZONG Buat Perhimpunan !

18 Mar 20120 comments

Tertarik aku akan satu artikel yang dihantar oleh Penterjemah Akhbar Cina kepada kami...
Ini sudah Melampau! siapa yang ajar buat Perhimpuanan ni?? PAS PIS PUS lah...

China Press
Perkara: perhimpunan 25 Mac Dong Zong?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu)

Tajuk:

325
Penulis: Liang Teck Meng

Pada 25 Mac Dong Zong akan adakan kempen tunjuk perasaan, membangkitkan bantahan dua isu, isu pertama merayu supaya pihak kerajaan iktiraf sijil peperiksaan sekolah-sekolah menengah swasta Cina (Tong Kao), isu kedua mahu pihak kerajaan alihkan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC, dan mereka yang dihantar ke SJKC adalah guru-guru bahasa Melayu sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Cina SPM.

Mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah swasta Cina (Tong Kao), ini adalah salah satu isu yang diperjuangkan oleh parti Gerakan selama ini. Setiap kali isu ini ditimbulkan di Dewan Rakyat, jawapan yang sering diberi oleh kementerian pelajaran, asyik mengatakan (Tong kao) bukan aliran dalam polisi pembelajaran negara, maka ia tidak dapat diiktiraf. Tetapi baru-baru ini pihak kerajaan mengiktiraf sijil-sijil 146 buah universiti di negeri China, bukankah ini menunjukkan satu percanggahan dari pihak kerajaan.

Secara logik akal yang paling mudah sekali, sama ada pihak kerajaan iktiraf ataupun tidak iktiraf sijil (Tong Kao), namun universiti luar negara iktiraf sijil-sijil (Tong Kao) untuk mereka layak masuk ke universiti-universiti di sana, kenapa universiti tempatan kita tidak iktiraf sijil (Tong Kao) sebagai kelayakan untuk masuk ke universiti tempatan?

Berkaitan guru-guru bahasa Melayu yang dihantar ke SJKC yang tidak mempunyai kelulusan mata pelajaran bahasa Mandarin SPM, ramai orang berpendapat itu permintaan yang terlalu ketat, kerana buat masa ini memang keadaan kekurangan guru itu amat ketara, memang tidak dapat memuaskan mana-mana pihak, sikap Dong Zong seperti tidak begitu harmoni kepada orang ramai.

Selepas saya menghubungi salah seorang Dong Jiao Zong, kami dapat memahami keadaan pahit dan rasa tertekan yang mereka alami. Secara mudah boleh dihuraikan ialah kita tidak dapat keikhlasan daripada kementerian Pelajaran untuk tangani isu ini.

Hilang Keyakinan

Saya imbas kembali kenangan dan keadaan saya belajar di Jepun dahulu, saya langsung tidak tahu berbahasa Jepun, perlu ke Jepun ambil peperiksaan kemasukan kolej, dalam masa 10 bulan sahaja, saya dapat harungi kedaan itu. Saya dapat menguasainya kerana saya ada asas-asas bahasa dan tulisan Mandarin, tetapi rakan-rakan Melayu yang sama-sama belajar agak berat, pada semester keempat mereka masih belajar subjek semester yang pertama, itu kerana mereka tidak faham karakter Cina. Sebab itu jika kita mahu anak-anak bangsa Cina dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik, yang paling ideal ialah hantar guru-guru yang tahu dwibahasa yang mengajar.

Oleh kerana sebelum ini kementerian pelajaran terlalu tumpukan kepada isu-isu guru sementara yang belum dapat diatasi itu, ditambah pula dengan isu timbalan menteri pelajaran menuduh pegawai-pegawai di kementerian pelajaran tidak ikut arahan menteri, menyebabkan Dong Zong hilang keyakinan terhadap kementerian pelajaran, menyebabkan perkara itu terjadi sedemikian hari ini.

Dalam tangani isu guru-guru dwibahasa, kementerian pelajaran sepatutnya lebih agresif tanganinya, termasuk mencari sumber untuk melatih guru-guru ini. Darjah 1 hingga darjah 3 perlukan guru dwibahasa yang mengajar, darjah 4 hingga darjah 6 guru satu bahasa boleh mengajar, tetapi oleh kerana kemudahan hak dan kelebihan undang-undang, kementerian pelajaran perlu tunjukkan keikhlasannya, berjanji pada tahun-tahun mendatang, tingkatkan guru-guru dwibahasa di semua kelas di SJKC apa yang dihasratkan itu.

Note: (Tong kao) sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah swasta Cina, ada dua kategori peperiksaan, iaitu peperiksaan tahap Junior middle III dan peperiksaan tahap Senior Middle III yang diadakan serentak di seluruh negara/ tarafnya seperti PMR ataupun STPM. Dimana tahap Sijil Senior Middle III layak ambil kursus sarjana muda (Degree) di luar negara.

Dari segi isu pendidikan di negara ini, ia hanya membazirkan begitu banyak masa dan tenaga. Jika mahukan negara ini lebih maju, peranan pelajaran itu amat penting, jika masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum, sistem pelajaran perlu lebih flaksibaliti. Merealisasikan flaksibaliti dalam pelajaran, pasti dalam kaum yang berbeza-beza itu akan dapat mengcungkil potensi yang lebih hebat.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team