PENDALAMAN SUNGAI JIMAH: RISIKO BANJIR RAKYAT DI JIMAH AKAN BERKURANG!

4 Dec 20121comments


Kesusahan Rakyat di kawasan Jimah yang kerap dilanda banjir kilat kebelakangan ini akan berakhir apabila Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan kerja menggali serta mendalamkan Sungai Jimah di Sendayan sebagai alternatif mengatasi masalah banjir.
                     
Petikan Akhbar- 
SEREMBAN  - Kerajaan negeri akan meneliti bagi melaksanakan kerja menggali serta mendalamkan Sungai Jimah di Sendayan dekat sini sebagai alternatif mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di sekitar kawasan terbabit sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan yang dikenal pasti kerap dinaiki air membabitkan lokasi sekitar Jimah Baru dan Jimah Lama.
''Dahulu kawasan ini tidak pernah banjir, tetapi kini kawasan sekitar berkenaan sering berhadapan dengan masalah itu dan laporan mengatakan masalah itu berpunca daripada faktor Sungai Jimah yang semakin cetek akibat peningkatan mendapan lumpur.
''Kecetekan sungai itu dipercayai juga ada hubung kait dengan pembangunan pesat di Bandar Enstek," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.
Jelasnya, lebih membimbangkan, kawasan berhampiran sungai tersebut mudah dilanda banjir walaupun ketika hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
''Saya sudah mengarahkan jabatan berkaitan untuk meneliti masalah ini serta mengkaji punca sebenar sebelum kita memulakan kerja-kerja menggali untuk mendalamkan sungai ini.
''Jika didapati punca utama disebabkan oleh sungai yang cetek, maka kita akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikannya," ujarnya.
Namun begitu, Mohamad menjelaskan, pihak kerajaan negeri perlu meminta kebenaran daripada Sime Darby bagi melaksanakan kerja mendalamkan sungai itu berikutan kedudukannya yang terletak di atas tanah syarikat itu. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
6 December 2012 at 01:35

Sungai Jimah perlu direkabentuk semula.. mendalamkan hanya satu penyelesaian masa untuk jangka masa pendek..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team