HARGA MINYAK NAIK, RAKYAT MENGAMUK LAGI! APA TOK MAT HASAN BUAT DI N9?!

30 Jun 20151comments


HARGA MINYAK NAIK LAGI?

Bagi memastikan pendapatan & Ekonomi negara terus stabil, kerajaan Persekutuan terpaksa mengubah beberapa pendekatan seperti Proses rasionalisasikan subsidi, menaikan cukai tembakau, memperkenalkan GST, 1MDB dan lain-lain lagi.

Suka atau tidak, impak tindakan ini sangat boleh di rasa oleh rakyat bawahan.
Walau alasannya untuk kebaikan, tetapi rakyat biasa tetap terasa kesannya...

TAPI...

Di Negeri Sembilan, YAB Tok Mat tidak pernah menaikan atau memperkenalkan sebarang cukai tambahan untuk menambah hasil Kerajaan Negeri Sembilan

TETAPI hasil kerajaan Negeri Sembilan tetap meningkat setiap tahun.


Pertumbuhan ekonomi NS bagi tahun 2014 adalah 5.5 peratus, Rizab kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM509 juta, Kebajikan rakyat menerusi Dasar Jaringan Sosial antara terbaik di Malaysia, prestasi pendidikan di Negeri Sembilan berada kedudukan Top 3 Malaysia, pembangunan tetap pesat, penyelengaraan infrastuktur berada ditahap cemerlang, kutipan Zakat naik setiap tahun, prestasi agensi-agensi Kerajaan Negeri mendapat pujian Ketua Audit Negara, dan macam-macam lagi...

Yang paling best, Dasar Kerajaan Negeri Sembilan sangat mesra rakyat biasa, seperti Dasar Perumahan Negeri Sembilan, peniaga kecil di kecualikan cukai tahun pertama, pembukaan lebih tempat-tempat untuk peniaga kecil mula bertapak.... dan pelbagai lagi dasar yang mesra rakyat.

DASAR PERUMAHAN BARU


Dasar Perumahan baru ditambah baik sebulan yang lepas dan dilulus pun dalam dewan. Pemaju nak bina rumah, ikut cakap Kerajaan Negeri. Kalau tak mampu ikut cakap kerajaan Negeri, Pemaju boleh "beramb**s" Kuota Rumah Mampu Milik Bumiputra dinaikkan kepada 50% , 50% lagi buat lah rumah mewah ikut kepuasan pemaju. Portal Bumiputra sedang dibangunkan. Tiada lagi alasan Pemaju jual kuota bumiputra dan cakap bahawa Bumiputra tak nak beli sebab Bumiputra 1 Malaysia boleh beli hartanah di Negeri Sembilan sebab BUMIPUTRA SELURUH MALAYSIA boleh BELI hartanah di Negeri Sembilan dengan tengok kat PORTAL Hartanah - booking rumah Kek Negeri Sembilan! 

......
Moral Of The Story:
Akan datang, eloklah pak menteri belajar cara YAB Tok Mat menguruskan ekonomi

Share this article :

+ comments + 1 comments

25 February 2016 at 03:57

Thank you for this site and all information abounds. I find it very interesting and I recommend it to everyone!
All the best. friendly

voyance mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team