AMALAN & GANJARAN KEREDHAAN ALLAH YANG SEIRING DI BULAN RAMADHAN. (HADITH-HADITH NABI MUHAMMAD SAW)

18 Jun 20151comments


MHS menyeru diri ini dan rakan-rakan pembaca untuk sama-sama mempertingkatkan amalan sesungguh sungguhnya mengharapkan keampunan dari Allah S.W.T - Pencipta kepada alam dan sekalian raja yang ada. Allahuakbar. .. 


Sesuai dengan sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W : 

1. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Solat lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadan ke Ramadan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)


2. "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)



3. "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)



4. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)



5. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)



6. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)



7. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Share this article :

+ comments + 1 comments

28 September 2017 at 08:17

Terima kasih kerana artikel ini yang membuat saya mengetahui tapak anda sangat menarik. Melihat ke hadapan untuk membaca lagi.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team