KUALA LUMPUR 26 Jun - Malaysiakini buat kali ketiga memohon supaya Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel
Dalam permohonan itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd., dan dua lagi iaitu Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar memohon supaya Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan terdapat unsur bahaya berat sebelah sekiranya hakim itu mendengar kes berkenaan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 24 Jun, mereka berkata, Kamaludin yang sebelum ini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 1 Januari lepas.
Mereka berkata, kes itu masih di peringkat pengurusan kes dan tarikh perbicaraan belum ditetapkan, oleh itu tiada sebarang alasan atau sebab munasabah menurut amalan biasa bagi hakim yang berkhidmat di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mendengar kes saman itu.
Pada 14 November tahun lepas, ketiga-tiga defendan menarik balik permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan Kamaludin, yang ketika itu Pesuruhjaya Kehakiman daripada mendengar saman berkenaan selepas memfailkan permohonan itu pada 24 Jun tahun sama.
Pada 22 Jun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan kedua Mkini, Steven dan Fathi yang difailkan pada 12 Jun untuk membatalkan keputusan Hakim Besar Malaya yang melantik Kamaludin untuk mendengar kes saman itu.
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Perdana Menteri dan Ab Rauf ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk mendengar permohonan terbaharu itu.
"Tarikh sama (17 Ogos) juga ditetapkan untuk sebutan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan tuntutan balas dan pembelaan ketiga-tiga defendan," katanya selepas hadir pada pengurusan kes saman itu di hadapan Kamaludin. Turut hadir, peguam Ashok Kandiah yang mewakili kesemua defendan.
Pada 30 Mei tahun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf selaku plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Mkini, Steven dan Fathi selaku defendan.Mereka mendakwa kesemua defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' di bawah ruangan Yoursay dalam laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei tahun lepas.
Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan UMNO sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.- BERNAMA

+ comments + 2 comments
Congratulations to all those who watch for the success of this beautiful blog !!
voyance gratuite serieuse
off white outlet online
yeezy
nike sb dunks
off white hoodie outlet
fear of god essentials
off white
yeezy
curry shoes
chrome hearts outlet
kobe shoes
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...