MT ORKIM DIKESAN TELAH DITUKAR CAT DAN NAMA DI PERAIRAN KEMBOJA!

17 Jun 20151comments


MO,KUALA LUMPUR,18/6/2015 -Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di perairan Selat Melaka, dikesan di perairan Kemboja, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Bernama melaporkan yang memetik Panglima TLDM, kapal tangki berkenaan juga telah ditukar cat dan nama.
Kapal tangki kepunyaan Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan petrol RON95 bernilai RM21 juta milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu dilaporkan hilang pada jam 8.57 malam Khamis lalu. MT Orkim Harmony sedang belayar dari Melaka ke Kuantan, Pahang semasa ia hilang. Kapal tangki itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 warga Malaysia termasuk Kaptennya, Nor Fazly Sahat, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.-BBH -TRIBUTE TO MerdekaOnline
Share this article :

+ comments + 1 comments

30 May 2017 at 02:51

Ya tepukan besar untuk artikel ini, anda mempunyai cara untuk mengatakan sesuatu dengan cara semula jadi, mudah dan sebagainya benar, saya tarik topi saya kepada anda !!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team