PEMIMPIN POLITIK DAKWA PARTI ISLAM TERTENTU DIRESAPI ELEMEN ISIS

25 Jun 20151comments

Elemen ISIS sangat merbahaya dan radikal
Mohamad Sabu membuat satu tuduhan serius terhadap partinya sendiri, SEUMPAMA merujuk kepada  PAS, Mat Sabu mendakwa bahawa parti itu kini sudah diresapi elemen bahaya dari Timur Tengah, ISIS.
 
Walau bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa penerapan elemen itu dalam PAS masih di peringkat awal dan mula dikesan sejak pemilihan parti baru-baru ini.
Mat Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS mendakwa budaya label-melabel sesama ahli adalah unsur-unsur awal penerapan elemen ISIS.

ISI KANDUNGAN VIDEO UCAPANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

“Di Syria, Iraq, Afganistan, Pakistan, Libya. Semua tempat. Kalau kita tak bendung, kemungkinan penerapan konsep ISIS sedang masuk ke negara kita.
“Label ini telah bermula. Ini liberal. Ini munafik. Ini jebon. Orang ini boleh dibunuh.
“Kalau unsur ini masuk..kita juga akan bertarung dalam pertarungan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
“Unsur ini, kalau kita tak bendung, dia masuk ke dalam rakyat Malaysia dan sedang masuk.
“Kita di peringkat awal, kalau kita cepat sedar, kita boleh patahkan kemaraan itu,”kata Mat Sabu ketika berucap dalam forum anjuran Otai Reformis pada 14 Jun lalu.
Turut dikaitkan dengan elemen itu adalah konsep sokongan parti terhadap masyarakat bukan Islam.
“Ada konsep sekarang, orang bukan Islam, buat baik macam mana pun tak boleh terima kerana dia bukan Islam, akhir masuk neraka. Orang Islam yang jahat macam mana pun, kita kena sokong kerana akhirnya masuk syurga.
“Kita kalah pilihanraya pun tak apa, asal dapat keredhaan Allah. Seolah-olah redha tak redha, dia yang beri markah. Ini konsep-konsep baru yang (sedang) masuk (dalam PAS),”katanya.
VIDEO ucapannya itu boleh ditonton  DI SINI
DIPETIK DARI MYMASSA
Share this article :

+ comments + 1 comments

25 February 2016 at 04:02

I find your super awesome website, I wish you full success because you deserve it, good luck and congratulations for this wonderful site!

voyance gratuite par email

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team