KOTA BHARU 29 Jun - Polis menahan pasangan suami isteri yang menjadi suspek utama kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak tersebut ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam di sini.
"Lelaki yang berusia 39 tahun dan isterinya yang berumur 25 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pasir Mas pada pagi ini untuk mendapat perintah tahanan reman.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan patah di 13 bahagian tulang akibat dipercayai didera oleh ibu tirinya.
Kanak-kanak itu juga berisiko berhadapan dengan kecacatan kekal akibat daripada kecederaan tersebut.
Kejadian tersebut hanya disedari selepas ibu kandungnya mengambil semula kanak-kanak itu daripada ibu tirinya di Rantau Panjang baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...