1. Hujung minggu ini, MHS dapat beberapa mesej berangkai mengenai kuih raya yang didakwa diimport dari Negeri China, kemudian dipasarkan di pasaraya-pasaraya besar di Malaysia. Kemelut ini amat sensitif bagi umat Islam di Malaysia terutamanya apabila melibatkan Halal Haram kandungan kuih raya berkenaan.
2. Dalam mesej berkenaan juga, dinyatakan secara jelas bahawa terdapat dakwaan kuih-kuih berkenaan dibuang label asal dan digantikan dengan label yang baru. Terdapat 2 pasaraya besar yang dikaitkan dengan kuih diimport dari China ini iaitu Giant dan Econsave.
3. Maka bermulalah mesej - mesej seterusnya yang mendakwa ini adalah usaha-usaha sabotaj pihak tertentu untuk memburukkan Giant dan PKS Melayu yang membekalkan kuih-kuih raya di Pasaraya Giant dan sebagainya dan ada yang menyatakan pemilik Giant sebenarnya adalah Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhari.
4. Apa - apa pun , pihak Pengurusan Giant perlu menjawab tohmahan ini , dan perlu menyatakan pembekal-pembekal sebenar kuih kuih di pasaraya mereka. Pihak berwajib semestinya perlu menyiasat perkara ini agar kemelut tidak lagi berpanjangan terutamanya apabila melibatkan usaha boikot besar-besaran umat Islam di Malaysia.
5. Apa - apa pun terdapat juga perkongsian yang mengatakan bahawa Syed Mohktar bukan Pemilik Giant.
CABANG PERNIAGAAN SYED MOHTAR |
Latar Bekalang Pemilikan Giant |
+ comments + 2 comments
Cerita atas angin. Orang nak tahubpemilikan Giant ada kaitan dengan TSSB ke atau tidak
Thank you for these interesting strong advice, it is great to come across articles as interesting as yours! I wish you health, longevity, success, happiness and peace of heart.
voyance par mail gratuite
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...