Proses perkembangan tamadun manusia pada zaman ini berlangsung begitu pesat sekali. Berbanding 10 tahun yang lepas, pembangunan manusia dari pelbagai sudut amat membanggakan dan menggerunkan dari segi implikasinya. Fesyen, gaya hidup dan teknologi adalah tiga perkara utama yang menjadi tunjang kepada ketamadunan sesebuah zaman itu diukur. Perkembangan ataupun evolusi fesyen umpamanya berkembang pesat ke serata dunia. Setiap hari, sesetengah orang tertentu berlumba-lumba untuk menjadi trend-setter ( pencipta trend) agar menjadi ikutan kepada orang ramai. Namun begitu, sikap ikut-ikutan ini sangat bahaya yang mana sikap ini jika tidak diuruskan secara baik dan berlandaskan pegangan akidah islam akan mengakibatkan seseorang itu mengikut sikap ahli neraka yang mana bakal terjerumus sekali kedalamnnya.
Firman Allah S.W.T:
Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa. Pada hari itu, segala hubungan terputus antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, 'Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan melepaskan diri daripada mereka, sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami.'
"Demikianlah Allah SWT memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka. Dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api Neraka." (Surah al-Baqarah 2: 166-167)
Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Cuba lihat gambar diatas..Apa bezanya di antara lelaki muslim ini dengan pemuda dari negara barat? lelaki tersebut menggayakan suatu bentuk fesyen yang tidak luput ditelan zaman yakni mencucuk anggota badan dengan niat untuk mencantikkan wajah dan menggamit perhatiaan ramai walhal terang terangan islam menyatakan bahawa hukum bertindik bagi lelaki adalah HARAM.
Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Kononnya atas alasan fesyen..cuba la buat macam gambar di bawah ni..baru la fesyen habis..berani atau tidak wahai lelaki yang bertindik?
alang-alang berfesyen..ambik... |
Tidak sah andai tidak menyebut mengenai gaya bertudung yang menjadi suatu fenomena pada hari ini. Tudung Bawal, Tudung Mawi, Tudung Fareeda, Tundung Waheeda, Tudung Noorjuma antara jenama yang mencuri perhatiaan khususnya di Malaysia. Bagus bila ada gaya tudung macam ni. Disamping cantik, boleh menarik wanita-wanita diluar sana untuk menutu aurat. Namun begitu, bertudung biarlah berpada. tidak mahu digayakan seperti ini..
Jenama tudung Bonggol Unta |
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]
dan
"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]
serta
"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
[HR Muslim. Hadith no. 212]
Jelas dan nyata hadis diatas..sebenarnya gaya tudung seumpama ini mempunyai masa depan yang cerah untuk diangkat ke industri perfileman yang boleh melangkaui sempadan filem Hollywood dalam kategori filem sains fiksyen.umpamanya seperti ini....
Gaya hidup atau kaedah bersosial juga perlu diberi perhatiaan dikalangan muda mudi khususnya muslim pada hari ini. Budaya ikut-ikutan dalam merencana aktiviti sosial turut melanda umat islam masa kini tanpa ada usaha untuk mencari fakta sebenar di sebalik apa yang dilaksanakannya..Sebagai contoh..semangat berpersatuan dan memperjuangkan ideologi politik yang menjadi kegemaran golongan muda mudi hari ini.
Semangat pemuda ini tanpa mengetahui apa yang dipakainya.. |
Topeng ’Guy Fawkes’
Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.
Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah. ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami)
*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM . Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ( myhomesoil 2013)
Tidak salah menyuarakan pandangan peribadi. Tidak salah berpesatuan dan melontarkan pegangan ideologi persatuaan yang digemari. Yang SALAH adalah menggayakan ideologi songsang tanpa usul periksa. Kalau betul pun tidak mahu wajah dikenali, mengapa tidak memakai topeng atau tutup muka seperti ini..
Siap ada kuasa superpower lagi.. |
Semoga Allah menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada budaya ikut-ikutan yang hanya akan membawa kita ke neraka jahannam.Amin ya Rabbal alamin...
+ comments + 1 comments
It is a real problem among the younger generation who fail to exploit the advantages of good reading and excellent crtical thinking skill !! How could they when they are more into modern gossips through facebook, twitter, instagrams, wassup, etc. It is a shame that many are only into form but have no substance! Parenting is partly to blame as the young have been brought up in fashion which disregards good thinking,, superficial religious practice! and shallow mental projecting!! This is a dangerous course of path!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...