SISWA SISWI SEDARLAH DIRI
Siswa Siswi di Malaysia usah mendabik dada menyatakan merekalah kelompok intelek negara dengan melakukan perkara sesuka hati dan menganggap kelompok lain rendah martabatnya.
Hal ini kerana kelulusan mereka ketika menjadi siswa dan siswi di Universiti hanyalah berbekalkan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA , itupun dengan ihsan Kerajaan Malaysia yang kadangkala menurunkan gred pemarkahan agar mereka gembira dengan kejayaan sendiri.
Tahukah siswa dan siswi yang bakal berhimpun mahu menurunkan harga makanan di Kafeteria kolej mereka di dataran merdeka bahawa terdapat jutaan lagi intelek di luar sana termasuk penulis yang telah pun 'graduated' dengan pelbagai jenis ijazah dari lulusan dalam dan luar negara dan memiliki pekerjaan yang baik-baik dek kerana keAMANan dan KeSTABILan NEGARA?
Tindakan siswa siswi mahu menghuru-harakan keadaan sekitar Kuala Lumpur umpama mengundang padah kepada diri sendiri nanti. SIswa Siswi boleh fikirkan sendiri.
WASSALAM
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...