Sejak dua menjak, Anwar Ibrahim semakin tidak keruan. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri semakin memuncak. Balaci-balaci telah digerakkan untuk berguling-guling di atas jalan raya sambil berteriak-teriak untuk menggulingkan kerajaan sempena Tahun Baru 2014 ini. Mungkin itu harapannya untuk jadi PM yang baru hasil menggulingan sebuah pemerintah yang sah.
Namun , ntah macamana keghairahan Anwar sedikit terencat berikutan pengumuman 11 langkah DS Najib mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari 2014 mendapat reaksi positif masyarakat. Sedangkan kenaikkan elaun Menteri Besar dan juak-juak Exco di Selangor mengundang pelbagai kontroversi. Pemberian duit sekolah RM30 kepada rakyat Selangor terpilih turut ditemplak rakyat dan ahli-ahli Pakatan sendiri...30 hinggit jer?
Mulai 1 Januari 2014, lesen kiosk tol di semua lebuhraya di Selangor akan dinaikkan. Cukai pintu dibeberapa Majlis Perbandaran di Selangor turut akan dinaikkan sehingga 400%. Semuanya menyumbang kepada kenaikkan harga di premis-premis perniagaan.
Utusan Malaysia 31 Disember 2013, ms: 27 |
Kini keghairahan Anwar kembali terencat apabila orang kuat PKR Sabah; Musli Oli turut mengisytiharkan keluar parti kerana merasa tertipu dengan kencingan-kencingan Anwar pada penduduk Sabah selama ini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Sdr Musli Oli kerana sudah insaf dan harap dapat kembali ke pangkal jalan. Mungkin Anwar akan sembuh kembali jika mendapat stok dos kunyit yang lebih power di malam Tahun Baru nanti. Sapa tahu?
SUMBER: MYMASSA
Catatan Musli di blognya, bertajuk “Kembara saya dalam PKR berakhir hari ini.”
Hari ini (30 Disember) saya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti PKR yang saya sertai secara tidak rasmi pada November 2011. Saya kata tidak rasmi kerana saya tidak pernah menjadi ahli PKR. Namun perlantikan sebagai Timbalan Ketua Penerangan Negeri dan anggota MPN Sabah oleh Pengerusi MPN Encik Thamrin Hj Zaini, mengesahkan status saya sebagai ahli PKR
Saya sertai PKR kerana isu politik negeri Sabah. Faktor yang menarik saya adalah BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011. Buku Jingga merupakan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah untuk mengembalikan beberapa perkara yang saya anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.
Namun kepincangan PKR mula terserlah menjelang PRU 13. Pucuk pimpinan Pusat tidak menghormati pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan dilantik diperingkat negeri. PKR Sabah dipaksa akur terhadap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Kuala Lumpur sehingga berlaku krisis semasa pemilihan calun dan beberapa orang anggota MPN Sabah merangkap anggota MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang telah lama berjuang seperti Hj Ansari Abdullah disingkirkan. Enam orang ketua cabang yang tidak disenaraikan juga keluar parti.
Saya tidak pernah melobi untuk jadi calun dalam PRU. Saya juga tidak berminat untuk menjadi ketua cabang walaupun saya ditawarkan Datuk James Ghani (Setiausaha Perhubungan MPN) untuk memangku jawatan itu setelah ketua cabang Kota Belud keluar parti.
Semasa berlangsung kempen, PKR Sabah seperti anak ayam kehilangan ibu. PKR tidak ada general perang dan tiada command center diperingkat negeri. Ibu pejabat PKR di Penampang sentiasa kosong. Pengerusi MPN, Thamrin Zaini bertanding di Sandakan, manakala Setiausaha, Dr Roland Chia bertanding di DUN Inananm. Masing-masing membawa jentera dari ibupejabat.
Di satu kumpulan lain, Datuk Lajim Ukin dengan kumpulan PPPS dan Datuk Wilfred Bumburing dengan kumpulan APS. Jentera pilihan raya di setiap kawasan bercelaru kerana masalah jentera yang tidak teratur akibat masalah logistik dan kewangan.
Pengalaman pilihan raya dalam PKR merupakan satu pengalaman yang amat pahit. Terutama bila berhadapan dengan para penyokong yang serba kekurangan dan berjuang dengan berbekalkan semangat semata-mata. Bila saya imbas kembali, menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamatkan pengembaraan saya dalam PKR. Yang jelas, PKR dipenuhi pemimpin-pemimpin kecewa dan keras hati sehingga tidak ada sifat “kepedulian” jauh sekali sifat kasih sayang dan prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.
Saya masih dengan prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga, namun saya mengambil pendekatan perundingan bukan secara konfrantasi. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat. Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada 20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi.
Begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy.
Saya belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi saya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu. Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi.
Sekian dan terima kasih.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...