Kejadian rusuhan di Singapura baru-baru ini memberi gambaran bahawa pada masa akan datang, Singapura akan mengalami saat yang lebih sukar dalam dairi mereka. Saya semakin sangsi Singapura boleh berdiri dengan aman pada masa hadapan. Keselamatan serantau pasti menjadi isu besar.
Walaupun Singapura boleh berbangga dengan Temasek Holding yang sangat agresif meronda seluruh dunia untuk mengumpul aset-aset mereka, tetapi satu perkara yang mereka tidak boleh nafikan ialah Indonesia dan Malaysia juga semakin agresif.
Indonesia melalui badan pelaburan mereka Badan Usaha Milik Negara (BUMN) dan Malaysia melalui (Khazanah Holding) semakin berkembang maju dan memberi tekanan yang besar kepada Temasek Holding.
Indonesia memiliki Pertamina yang semakin agresif selepas tahun 1998, dengan pengumuman terkini akan membina bangunan Pertamina antara tertinggi di dunia tidak lama lagi. Malaysia memiliki Petronas yang tidak perlu dibicarakan lagi.
Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Leong) dalam komen segeranya di atas rusuhan tempohari antara lain menyejukkan keadaan dengan memberi pandangan menarik iaitu, pekerja-pekerja asing sebagai aset penting kepada ekonomi Singapura di samping menyediakan mereka persekitaran selamat supaya mereka boleh mencari rezeki untuk keluarga mereka di kampung.
Namun begitu, laporan turut menyebut bahawa pihak berkuasa Singapura memeriksa beribu-ribu pekerja asing untuk mengesan dalang perusuh-perusuh berkenaan.
Apabila Malaysia membuka pelaburan mega Iskandar Malaysia, pelaburan dari Singapura sudah tentu amat menarik. Kekayaan Singapura tidak mungkin disimpan statik dalam negara mereka sahaja, melainkan mereka terpaksa melabur dan mengumpul seberapa banyak keuntungan di luar negara. Di selatan tanah air kita, jawapannya ialah di Iskandar Malaysia, Pulau Pisang dan Pulau Batu Puteh.
PERTAHANAN & KESELAMATAN SINGAPURA MERAGUKAN
Pada tahun 1965, Tun Razak dan wakil Lee Kuan Yew (Goh Keng Sew) membincangkan isu pertahanan seandainya Singapura berpisah dengan Malaysia atau Singapura menjadi sebuah negeri yang istimewa di dalam Persekutuan Malaysia. Isu-isu keselamatan dan pertahanan menjadi isu besar bilamana mereka membincangkan apakah Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut mengetuai pasukan tentera Singapura, dan pelbagai isu lagi. Akhirnya, Lee Kuan Yew mahu menubuhkan pasukan tentera sendiri di samping mengekalkan pangkalan tentera British di Singapura.
Saya mendapat tahu selepas 40 tahun kemudian selepas merdeka, Singapura sudah memiliki hubungan istimewa dengan Mossad dalam isu keselamatan di Singapura. Malahan seperti pernah saya nyatakan, syarikat Google dari Amerika sendiri telah relocateddi Singapura. Ini bukan isu bisnes, ini isu keselamatan negara kecil Singapura.
Akhirnya, dengan hanya tidak sampai 500 orang perusuh sebagaimana dalam laporan-laporan lain, Singapura gagal mengesannya dan agensi perisikan Singapura dengan bantuan agensi-agensi perisikan luar negara ternyata gagal dan menjadi satu pembaziran.
Dengan kejayaan DAP di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Perak, apakah kepimpinan PAP di Singapura sudah bersedia untuk kembali semula kepada Malaysia.
Saya tidak yakin Singapura boleh berdiri sendiri dalam jangka masa yang panjang. Rusuhan tersebut memberi gambaran, Singapura boleh musnah sekelip mata!
Singapura tidak boleh terlalu bergantung kepada CIA, Mossad, FBI dan jumlah bajet pertahanan mereka yang besar. Sebab itulah, Hong Kong dan Macau segera kembali kepada asal usul mereka yakni bersatu dengan China.
Walaupun keturunan Lee Kuan Yew dari Guangdong, China tetapi tanah Singapura bukan tanah Republik China. Tanah Singapura berasal dari Tanah Melayu.
Sebab itu jugalah pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta supaya satu perjanjian formal yang berlainan dibuat dengan Kerajaan Johor supaya air dapat dibekalkan sepanjang masa kepada Singapura. Mustahil air pun diimport dari negara Republik China!
Mungkin anda tidak bersetuju.
Selamat membaca.
Selamat Berhujung Minggu.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...