Kenaikan harga barang belakangan ini amat meresahkan semua pihak sehingga ada pihak yang sanggup mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai mahu menggulingkan kerajaan dan ianya sedikit pun tidak memperbaiki harga barang di pasaran.
Persoalan utama, adakah penganjur ini benar-benar faham tentang maksud kenaikan harga barang dan punca-puncanya? Perlukah Kerajaan mengawal keseluruhan harga barang di Malaysia. Tahukah anda dengan mengawal keseluruhan harga barang di pasaran, sistem ekonomi kita akan terjerumus kepada Sistem Ekonomi Tertutup sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara komunis yang mengawal kekayaan dan ekonomi negara dan rakyat secara keseluruhan. Tidak dinafikan Kerajaan ada peranan dalam pengawalan harga barang di Malaysia seperti subsidi, rebate dan sebagainya tetapi ada had dan tahapnya.
Mari kita soroti kembali sejarah kenaikan harga barang di Malaysia. Make it simple, di Malaysia, harga barang akan naik apabila ada pengumuman baik Kerajaan kepada rakyat. Contohnya : Sekiranya Kerajaan membuat pengumuman adanya kenaikan gaji para penjawat awam, sekaligus esoknya para pemonopoli perdagangan dan perniagaan di Malaysia akan menaikkan harga barang. Siapa yang naikkan? Ya, mereka adalah orang-orang tengah yang menjalankan perniagaan yang dimonopoli SATU KAUM. Persoalan kedua, siapakah yang memonopoli ekonomi Malaysia?? Adakah orang-orang Melayu di kampung yang mengamalkan pertanian , kebun-kebun kecil atau peneroka-peneroka FELDA itu yang memonopoli perniagaan dan ekonomi di Malaysia?
MHS 100% menyokong pemberontakan dijalankan tetapi bukan di tengah-tengah ibukota yang bukan sahaja boleh menghuru-harakan negara malah boleh memburukkan lagi ekonomi negara tetapi pemberontakan perlu dijalankan oleh kita kepada pemonopoli-pemonopoli ekonomi negara ini!
1. Beli sekadar kemampuan . (Kurangkan permintaan)
2. Boikot produk / kedai yang mahal. (Kurangkan permintaan)
3. Amalkan hidup yang sihat.
4. Tanam tumbuh-tumbuhan masakan di halaman rumah . sila ke sini
5. Perbanyakkan memasak di rumah dan kurangkan makan di kedai-kedai.
6. Tingkatkan simpanan bulanan.
"KURANGKAN PERMINTAAN DAPAT MENGURANGKAN HARGA"
Dalam satu hadits diceritakan bahwa Abu Hurairah juga menuturkan, pernah ada seorang laki-laki
mendatangi Rasulullah saw Ia lalu berkata, “Ya Rasulullah, tetapkanlah harga.” Rasulullah saw menjawab, “Akan tetapi, aku hanya akan
berdoa kepada Allah.” Lalu
datang orang lain dan berkata, “Ya Rasulullah, tetapkanlah harga”
Beliau menjawab:
بَلْ
اللهُ يَخْفِضُ وَيَرْفَعُ
“Akan tetapi, Allahlah Yang menurunkan dan
menaikkan harga”. (HR Ahmad dan ad-Darimi).
Dalam
hadist di atas jelas dinyatakan bahwa pasar merupakan hukum alam (sunatullah)
yang harus dijunjung tinggi. Tak seorangpun secara individual dapat mempengaruhi
pasar, sebab pasar adalah kekuatan kolektif yang telah menjadi ketentuan Allah.
Pelanggaran terhadap harga pasar, misalnya penetapan harga dengan cara dan
karena alasan yang tidak tepat, merupakan suatu ketidakadilan (zulm/injustice) yang akan dituntut
pertanggungjawabannya di hadapan Allah.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...