UPDATE TERKINI: KONSERT DIGANGGU PERUSUH LIAR, SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU DIHENTIKAN! #RPDM31D #PDRM #AMBANG2014

31 Dec 20132comments



KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. -Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif. - UTUSAN ONLINE
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
31 December 2013 at 08:22

Inikah perjuangan membela dan menuntut penurunan kos hidup? Dari awal lagi sudah diketahui niat mereka yang memang mahu membuat kacau kerana diupah dan ditaja oleh barisan penjahanam negara. Tolonglah jangan kompromi dengan perkara seperti ini yang pastinya menjejaskan hasrat beribu-ribu keluarga yang datang ke dataran untuk bersantai menyambut tahun baru. Sudah tahu mereka tidak memohon permit, tangkap sahaja dan dakwa dalang mereka serta-merta sepertimana Singapura menangani perusuh. Jagalah majoriti rakyat yang mengundi keamanan, bukannya tunduk kepada binatang-binatang politik.

31 December 2013 at 08:25

Alangkah bagus kalau kita mencontohi aceh....

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team