ISU SYIAH: Pemuda PAS menghentam UMNO dalam Harakah hari ini. |
Apabila isu syiah diketengahkan , ramai dalam kalangan rakyat menentang penularan fahaman songsang ini. Hal ini kerana, Syiah amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, yang songsang dengan Al Quran dan Assunnah yang telah dilegasikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.
Namun, apa yang mengejutkan apabila terdapat pendedahan AWAL terdapat unsur-unsur Syiah di dalam pimpinan PAS, parti itu seakan-akan 'TERGAMAM' walaupun hakikat sebenarnya ramai pimpinan PAS tahu bahawa memang terdapat masalah SYIAH dalam Malaysia dan berkemungkinan berselindung di sebalik parti yang memperjuangkan ISLAM itu.
Persoalan utama, mengapa PAS perlu 'melompat' apabila siasatan dijalankan terhadap pemimpin-pemimpin SYIAH yang terdapat di dalam parti mereka? Perlukah mereka menghentam pihak yang mahu menyiasat sehinggakan dianggap seolah-olah melindungi fahaman SYIAH dan membiarkan ianya subur di dalam Parti Islam itu?
PAS melalui jenteranya PEMUDA PAS seharusnya bersifat lebih terbuka dan bersama-sama dalam membenteras penularan fahaman SONGSANG SYIAH ini. PEMUDA PAS tidak seharusnya menafikan terus perkara ini malah perlu bekerjasama dengan badan-badan DAKWAH seluruh Malaysia termasuk pihak Kerajaan dalam memperjuangkan ISLAM sebenar dan menolak penyakit SYIAH yang mula membarah di dalam negara ini.
MHS dengan ini menyeru, pimpinan PAS janganlah terlalu melompat dan janganlah bersifat 'defensive' apabila siasatan dibuat kerana ianya melibatkan soal AKIDAH, melibatkan soal masa depan ISLAM , agama yang kita perjuangkan bersama.
Wahai PAS, sesungguhnya isu Akidah lebih utama dari Isu-isu setempat yang lain. BERSAMA MEMBENTERAS SYIAH!
ALLAHUAKBAR!
+ comments + 1 comments
Your site is wonderful! I wish you a very good continuation.
voyance gratuite
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...