BERITA-BERITA PAS TOLAK SERTAI PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN

26 Dec 20130 comments




BERITA 1: (PAS KELANTAN)

PAS Kelantan memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demontrasi pada tanggal 31 Disember 2013 atas alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN "GULINGKAN KERAJAAN"
Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa PAS kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka. 
Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan beberapa media dan portal pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan pada malam 31 Disember ini. 
Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup, namun dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan "HIMPUNAN GULING KERAJAAN: 31 DISEMBER 2013"



BERITA 2:  (PAS TERENGGANU)
KUALA TERENGGANU – Perhimpunan Guling Kerajaan yang dijangka diadakan pada akhir bulan ini tidak mendapat perhatian daripada Pas apabila Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menjelaskan tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Ketika ditanya mengenai perkara itu yang turut dikaitkan dengan pembangkang, beliau menjelaskan langsung tidak mendapat maklumat mengenai perkara terbabit.
“Saya tiada maklumat mengenai perkara itu dan tidak tahu pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun tidak sampai,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka menjelang tahun baharu 2014.
Beliau tidak menafikan Pas bakal menganjurkan perhimpunan mengecam Bangladesh berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas pemimpin parti Jamaat e-Islami, Syeikh Abdul Qadir Mullah.
Beliau yang juga Adun Paka berkata, perkara itu digerakkan di bawah Jawatankuasa Mobilisasi dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai kelapangan untuk berada di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur, Jumaat ini


BERITA 3: (PAS PUSAT)

ALOR SETAR 26 Dis - PAS menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember ini.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS akan terus mengamalkan sistem demokrasi menerusi proses pilihan raya sebagai platform pengambilalihan kuasa pemerintahan di Negara ini.
“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna.
"Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.
“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik," katanya pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks PAS Pokok Sena, di sini baru-baru ini.
 alt Mohamad Sabu merujuk kepada maklumat mengenai penganjuran perhimpunan pada 31 Disember ini yang bertujuan mengguling Kerajaan Barisan Nasional (BN) susulan isu kenaikan beberapa harga barang bermula tahun hadapan.
Sebelum ini, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat untuk hadir dan menyebarkan maklumat akan menggunakan bom pada Perhimpunan tersebut. 



Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team