GEMPAR! PROTEGE ANWAR BAKAL MB NEGERI SEMBILAN!

5 Jun 20124comments

GEMPAR! PROTEGE ANWAR BAKAL MB NEGERI SEMBILAN!

Sedutan Hairan Sinar

Seremban, 6 Jun 2012 : PAS yang merupakan parti Melayu paling senior dalam Pakatan Pembangkang dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada rakan baik mereka dalam Pakatan Pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi DUN Negeri Sembilan pada PRU 13

Bakal MB Negeri Sembilan Pembangkang. Segak Bergayo.
Parti PAS yang dilaporkan sebelum ini memberikan banyak kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat di Kelantan sekali lagi dilihat berbuat demikian di Negeri Sembilan atas semangat setia kawan pakatan.

Calon yang telah dikenalpasti oleh PAS dan PKR untuk menjadi  Menteri Besar ialah Mohamad Rafaie Abdul Malek yang juga merupakan  Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.  

Sebelum ini Cha Kee Chin (DAP) Adun Bukit Kepayang dilaporkan mengaku bahawa DAP akan menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada orang Melayu tetapi tidak menyatakan calon MB semestinya dari PKR ataupun PAS. Sumber dalaman DAP mengakui bahawa Parti ini sedang cuba melobi beberapa Professional Melayu bagi mewakili DAP dalam PRU 13 di Negeri Sembilan.

Rafaie yang ditemui memberikan keyakinan bahawa calon PKR atau PAS bakal menjadi MB dan beliau juga optimis kemungkinan beliau antara bakal calon MB di atas kelebihan bilangan kerusi yang diyakini dimenangi PKR dalam PRU 13.
  
  
MYHOMESOIL: berita ini merupakan berita menyayat hati kepada penyokong-penyokong seniot PAS di Negeri Sembilan apabila ada pimpinan PKR membuat kenyataan tanpa memikirkan semanagat setiakawan dan senioriti PAS dalam Pakatan.  Bolum monang laie dah berangan nak memegang tampuk pemerintahan Nogori dan berebut nak ambil kerusi MB. Belum tontu laie DAP setuju dengan cadangan ini.

Den nampak pergolakan calon MB memberi impak yang baik kepada BARISAN NASIONAL yang tonang dalam menerima apa saja keputusan pucuk pimpinan walaupun ado cito-cito segelintir TAIKO-TAIKO UMNO yang mengintai kerusi MB.......intai-intai pun tak apo, yang menjadi MB memang sah2 UMNO yo.....MCA dan MIC ada semangat setiakawan , serah kek UMNO....tapi DAP , TAK Tentu laie nak bolot semua....!!!!!

Sekarang ni pun Ketua Pembangkang Negori Den ni pon datang dari DAP...!!!!!!!!!!!

  

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
5 June 2012 at 23:26

Takkan ler Dt Kamarul nak lopeh cam tu jerrr. Kok nak ikut, Dt Kamarul bukan ajo senior,tapi geng cun dgn Anuar. Sama kelas sekolah kek MCKK,...Maing-masing sumo banyak mimpi...tinggi angan-angan!!

5 June 2012 at 23:36

Kamarul Baharin dah majuk nak lari dari nogori sembilan. dah cabang tak suko nak buek camno. dalam PKR pun merapu.camno tu? PAS melukut ditepi gantang.las2 DAP yang tentukan siapo MB kalo depa monang.tp rakyat takdo dungu nyo nak angkek dioghang. BN Monang laie PRU 13. bolum apo2 dah nak gaduh...

Anonymous
6 June 2012 at 00:44

Tak ado yang samo standard dgn Tok Mat....jauh amek!!Tapi Tok Mat pun kono ambik oghang yang handar!!

28 January 2020 at 03:33

Thank you for these very interesting tips, it's really nice to come across articles as interesting as yours! I wish you health, longevity, success, happiness and peace of heart.

Voyance Email

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team