TERKINI ! Pemberontak tertekan dan mahu keluar dari Sabah secara senyap!! #prayforsabah #lahaddatu

14 Mar 20131comments


Agbimuddin gagal lolosRondaan kereta perisai di Kampung Sungai Nyamuk ketika pasukan keselamatan meneruskan kepungan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan. - Foto ihsan MINDEF

Lahad Datu: Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. 

Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut. 



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukankeselamatan. 

Sembunyi di zon perang 


Saya yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang, katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16, semalam. 

Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini. 

Selain itu, katanya, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
14 March 2013 at 04:32

alang alang berperang biar mati kesemua pengganas sulu yg menceroboh sabah, hapuskan kesemuanya 100% ...jangan tinggal walau seorang kecuali yg menyerah tanpa senjata!

yg dah mati pun tembak juga dua das , manalah tahu dia pura2 mati ...!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team