PROPAGANDA PAKATAN SELEPAS BERSIH 3.0 GAGAL!

3 May 20120 comments


Selepas teguran demi teguran, dan cercaan demi cercaan setelah Nik Aziz keluarkan fatwa Wajib Pergi Bersih 3.0, puak-puak Pakatan Pembangkang menyebarkan cerita keramat Nik Aziz Nik Mat yang aku yakin beliau sendiri tidak tahu menahu akan hal dan cerita  ni...

Ustaz Rugged....



Kat bawah ni adalah satu cerita yang gua perolehi dari blog puak-puak pentaksub Pok Nik celako.. Tak payah sebut lah ye nama blog tu.. Korang cari lah sendiri..

Yang menariknya.., dorang bercerita tentang betapa keramatnya Pok Nik sampaikan seorang Imam kampung jadi bisu dan akhirnya mati dalam keadaan yang hina setelah memaki hamun Pok Nik..

Wohaa!!! Ajaib tu beb!!! Pok Nik dah lagi hebat martabatnya dari Rasulullah saw kalau mengikut apa yang puak-puak jumud tu tafsirkan..

So.., bagi korang yang selalu maki hamun Pok Nik tu.., bawak-bawak lah bertobat yeee.. Takut nanti jadi bisu lah pulak.. Bukan gua yang kata.., pencacai PAS laknatullah yang kata... Huhuhuhu



Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.

Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

kah..kah...kah!!!




Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/05/jadi-bisu-serta-mati-selepas-maki-nik.html#ixzz1tmvBUa1W 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team