PUSAT MEDIA BN DI PWTC DIBUKA!! #GE13

4 Apr 20133comments



KUALA LUMPUR 4 April - Petugas media kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan melakukan tugasan masing-masing di Pusat Media PRU yang disediakan Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, pusat media yang terletak di bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC itu akan dibuka mulai 9 pagi hingga 2 pagi setiap hari hingga tamat PRU-13.

"Kita sudah lengkapkan dengan segala kemudahan dan maklumat terkini untuk media centre kita, ini juga bagi membolehkan rakyat diberi maklumat terkini," katanya kepada Bernama.

Selain kemudahan Internet, pusat media itu menyediakan kemudahan ruang kerja yang mampu memuatkan lebih 70 wakil media pada satu-satu masa dan bilik sidang akhbar.

Pusat media itu turut menyediakan hidangan makanan dan minuman kepada petugas media. - BERNAMA


p/s : Lepas ni mesti PR tiru ..... 

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
5 April 2013 at 20:54

What's up, this weekend is fastidious in support of me, as this time i am reading this enormous informative article here at my residence.

Feel free to surf to my page :: grupa kreatywna

Anonymous
9 April 2013 at 01:49

tak payah buat pusat media. utusan setan berita hairan tv 3 suku tv satu suku semua dah milik umnongok ni pun dah tak abis maki hamun dah..nak tambah pusat media pulak? habislah duit rakyat...untuk kepentingan umnongok bn agar rakyat diperbodohkan dgn lebih pantas lagi.

Anonymous
22 April 2013 at 16:17

berita 3suku tu jugak kau tengok...kalo tak mane nak tau info kan...xkan nengok CNN kot... ini semua POYO

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team