SEHARI SEBELUM PENAMAAN CALON DI NEGERI SEMBILAN!! Strategi Anwar di Negeri Sembilan! #GE13 #PRU13

18 Apr 20131comments


Suasana nyaman pagi menusuk hidung penulis. Selepas menghidupkan kereta menuju ke Bandar Seremban, terlambai-lambai bendera politik tanahaiar yang menjadi kebanggaan rakyat dan penyokong masing-masing.

Ternyata , bendera yang paling gah berkibar adalah bendera Parti yang membawa Tanah Melayu daripada era penjajahan kepada era kemerdekaan. Daripada Era kemerdekaan kepada era pembangunan dan kemajuan. Memang lama tempohnya, banyak juga baktinya, semakin relevan demi mempertahankan kemajuan dan kemerdekaan.

Apa yang pelik, rasanya penyokong-penyokong mereka juga pelik. Mana bendera PAS dan bendera PKR? Kelihatan sehari sebelum penamaan calon ini hanyalah bendera DAP di kawasan mereka bertanding sahaja. Mungkin mereka masih menanti siapakah calon yang akan dinaikkan oleh pucuk pimpinan parti mereka , Anwar Ibrahim. Tidak sukar untuk menelaah strategi Anwar ini kerana Anwar hanya menggunakan satu strategi sahaja iaitu Strategi Susun Kroni (SSK).

Disebabkan Strategi SSK inilah , PR Negeri Sembilan malah PR seluruh Malaysia belum lagi memuktamadkan pencalonan calon-calon mereka. Begitu juga bendera-bendera mereka termasuk jentera parti mereka.  Tahniah PR.....Sehari sebelum penamaan calon....

Negeri Sembilan dipenuhi bendera Biru! Sang Saka Bangsa... Allahuakbar!
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
19 April 2013 at 04:20

PR ikut peraturan la bro, gantung poster selepas penamaan calon.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team