FAKTA@ MHS : TAHUKAH ANDA ANTARA PUNCA PENYAKIT DIABETIS ADALAH MENINGGALKAN SARAPAN PAGI?!

7 Apr 20141comments

 
Penyakit kencing manis atau Diabetes ialah antara penyakit yang sinonim di Malaysia.Kencing manis juga tersenarai dalam antara penyakit yang tidak dapat disembuhkan.
Penyakit kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa atau gula dalam darah terlalu banyak sedangkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk membakar glukosa itu.Banyak kesan negatif dari penyakit ini seperti luka kecil tidak sembuh dan bertambah teruk,mati pucuk serta tangan dan kaki rasa kebas.
Buat masa ini belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit kencing manis secara sepenuhnya,sebab itulah kita perlu menjaga kesihatan kita.

Berikut ialah tips-tips untuk elak penyakit kencing manis atau Diabetes :

 1.Jangan Tinggalkan Sarapan

 kajian menunjukkan bahawa sarapan dapat mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 34 %.Ini disebabkan sarapan pagi akan membantu individu itu mengawal selera makan makanan berkalori tinggi sekaligus mengelakkan berat badan daripada bertambah.Berat badan berkait rapat dengan penyakit Kencing Manis. Lagipun insulin dalam badan dirembes ketika tiada makanan untuk dicerna menyebabkan kadar gula  dalam badan kita bertambah!

2.Makan Makanan Kaya Serat
antara makanan yang kaya dengan serat ialah sayur-sayuran,buah-buahan,kekacang dan gandum.

3.Kurangkan Berat Badan
berat badan berkait rapat dengan penyakit Kencing Manis.Satu kajian menunjukkan bahawa senaman yang kerap menurunkan risiko penyakit Kencing Manis kepada 60 %.

4.Lakukan Lebih Banyak Aktiviti Fizikal
sebaik-baiknya anda ambillah satu masa dalam seminggu tu untuk bersenam,kalau tidak dapat pun,lakukan alternatif ini;jangan guna lif untuk naik bangunan yang setakat 2-3 tinggat sebaliknya gunakan tangga.Jangan juga guna kereta sekiranya destinasi dekat seperti ke kedai runcit,berjalan kakilah.

5.Tidur Yang Cukup
individu yang tidur kurang 6 jam sehari berisiko 60 % menghidap Kencing Manis.Satu kajian di Universiti Chicago menunjukkan peningkatan selera makan terhadap makanan manis dan masin sebanyak 45 % hanya selepas 2 hari tidak cukup tidur.

6.Bertindak Awal
lakukanlah ujian darah dan urin sekarang.Saya juga telah melakukan ujian darah beberapa bulan lepas dan syukur sebab kandungan gula dalam darah saya normal.Meskipun Kencing Manis tidak ada rawatan penyembuh,tetapi Kencing Manis peringkat awal atau Pre-Diabetes boleh disembuhkan! 

Marilah kita sama-sama memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan kita.Jangan mentang-mentang kita masih muda penjagaan tubuh kita anggap enteng.Jangan sampai sudah terhantuk baru terngada.

Rujukan: Wikipedia, mayoclinic.com , wikihow.com, sharecare.com , www.aarp.org
Share this article :

+ comments + 1 comments

8 April 2014 at 04:03

Igazán szép hely , és ez teljesebb és egyszerű kutatás. Köszönöm szépen a pihenés

voyance

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team