MASIH RAMAI LAGI PEMIMPIN MELAYU YANG PERLU DITARBIYAH PASAL HUKUM SYARIAH INI! @PAS @UMNO @PKR !

29 Apr 20141comments

"MALAYSIA BELUM SESUAI LAKSANA HUDUD " , KATA ANWAR 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan The Malaysian Insider berkata hudud masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum tersebut.

Justeru itu, kata Anwar, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

“Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

“Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

“Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?” katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

“Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

“Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR,” kata Anwar.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mynewshub berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan malam tadi sebulat suara menolak rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurut Guan Eng, DAP kekal dengan pendirian bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan semangat kemerdekaan negara.

“Resolusi itu turut menegaskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud PAS bukan polisi pakatan kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu selama ini.

“Resolusi juga mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah apabila menyatakan pakatan dan DAP telah bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau Terengganu pada tahun 2011,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut memaklumkan, pimpinan DAP akan bertemu dengan pemimpin PAS berhubung perkara itu, namun menegaskan mereka sama sekali tidak akan berbincang tentang kewajaran melaksanakan undang-undang itu.

Menurutnya, DAP akan turut memaklumkan PAS tentang risiko-risiko yang akan dihadapi parti itu sekiranya meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Risiko itu adalah risiko kehilangan sokongan kehilangan sokongan bukan Islam, risiko perpecahan pakatan pembangkang, risiko kehilangan kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Islam. MYMASSA- \\\


Tetapi, PAS jangan risau, risiko kehilangan kerusi yang dimenangi dengan sokongan Bukan Islam akan ditampal dengan Kerusi luar PR yang dimenangi oleh UMNO yang mana penyokong mereka adalah 90% orang Islam. :- ) 


Share this article :

+ comments + 1 comments

16 May 2016 at 06:54

Thank you very much for all your suggestions on this website. Your shares are very interesting and very rewarding. Congratulations.

voyance par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team