KARPAL , DAP DAN KUFFAR HARBI YANG LAIN LUPA, UMNO & PAS BEZA PADA POLITIK, TETAPI BERSEFAHAMAN DALAM HAL ISLAM -AHLI SUNNAH WAL JAMAAH!

7 Apr 20141comments

Melihatkan kesungguhan kedua-dua parti politik Melayu Islam terbesar negara ini (PAS & UMNO) dalam melaksanakan hukum Allah merupakan satu rahmat di akhir zaman ini .
 
MHS dan rakan-rakan Nampak juga kegelabahan kaffir harbi di Malaysia apabila UMNO menyahut seruan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Mungkin Kuffar harbi seperti DAP menjangkakan bahawa UMNO akan menentang PAS, namun apakan daya, ketentuan Ilahi dan perancanganNya lebih berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Kesannya, Karpal menyeru kesemua 38 Ahli Parlimen DAP membantah usul pelaksanaan hudud di Kelantan kononnya atas semangat Perlembagaan. Baru inikah si Karpal dan juak-juak Syaitan ini melihat kepada Perlembagaan?!
 
Sememangnya Karpal, DAP dan Kuffar Harbi yang lain tidak dapat melawan perancangan Allah yang maha hebat ini. Bayangkan Kuffar Harbi boleh bersatu dalam memperjuangkan penggunaaan kalimah Allah di kalangan penganut Bukan Islam, mengapa penyatuan kita mahu ditentang puak ini?!!

Seperti tajuk di atas,
"KARPAL , DAP DAN KUFFAR HARBI YANG LAIN LUPA, UMNO & PAS BEZA PADA POLITIK, TETAPI BERSEFAHAMAN DALAM HAL ISLAM -AHLI SUNNAH WAL JAMAAH! "
"PERJUANGAN YANG MENUNTUT PENGORBANAN "- MHS

Laporan Media lain : -

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

“Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
 
Sehubungan itu, Karpal menempelak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertegas mahu meneruskan usaha melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan tersebut.

Beliau turut mendakwa UMNO Kelantan mengambil kesempatan daripada isu itu apabila membuat pendirian mahu menyokong usaha kerajaan negeri tersebut atas sentimen agama.

Karpal mendakwa, PAS dan UMNO masing-masing sebenarnya mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut meskipun perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan.

Media semalam melaporkan, UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat PAS melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh UMNO sebelum kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

“Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,” kata Mustapa.

Ahmad sebelum ini mengumumkan kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.SUMBER

Share this article :

+ comments + 1 comments

8 April 2014 at 04:02

Csak azt akarom , hogy rájössz, ezen az oldalon , azt találtam , hogy nagyon élvezetes !

Voyance par mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team