SEKUTU PAS (DAP DAN PKR) BERI AMARAN KERAS MENGENAI UNDANG-UNDANG HUDUD!!

9 Apr 20140 comments


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Q.S. Al Baqarah : 120) 
"Dan kalau Kami tidak memperkuat ( hati ) mu, niscaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu ( siksaan ) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami."( Q.S. Al Isra' :74-75)
Kesungguhan PAS dan UMNO untuk memulakan langkah ke arah pelaksanaan HUDUD mendapat tentangan Rakan Sekutu PAS. Rakan sekutu PAS, DAP dan PKR memberi peringatan keras bahawa undang-undang hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada kata sepakat di kalangan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR), sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
“Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan Pakatan, ” kata ketua publisiti DAP Tony Pua kepada The Malay Mail Online hari ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata DAP yang merupakan parti kedua terbesar di Dewan Rakyat dengan 38 Ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
Ini merupakan penentangan kedua daripada Ahli Parlimen DAP, selepas Karpal Singh (Bukit Gelugor) yang mengeluarkan dua kenyataan penentangan terhadap undang-undang tersebut pada 7 April dan 3 April.
Namun, sehingga ke hari ini tiada lagi sebarang kenyataan daripada pemimpin utama DAP khususnya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Pada 3 Mac lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata bahawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) akan dibawa dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen PR bagi mendapat kebenaran Persekutuan untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dilaksanakan di negeri itu.
Pada tahun 1993 , kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah Kelantan Kanun Jenayah II, namun undang-undang tersebut tidak dilaksanakan hingga ke hari ini.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), mei tahu lalu, DAP mendapat 38 kerusi parlimen menjadikan parti itu paling dominan dalam pakatan pembangkang; PKR, 31 kerusi dan PAS hanya mendapat 21 kerusi parlimen.
Senada dengan DAP, Naib Presiden PKR , N. Surendran mengingatkan PAS bahawa PR telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.
“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak PR. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu, ” Surendran memberitahu The Malay Mail Online.
-mymassa- 
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team