PENEROKA FELDA TERIMA HABUAN DUIT RAYA RM 900 !!
JELEBU 7 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan warga Felda dan pemegang saham supaya tidak berasa bimbang dan resah dengan kejatuhan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sejak beberapa hari lalu. Ini kerana kata Perdana Menteri, Felda mempunyai banyak perancangan untuk mengembalikan pengukuhan harga saham FGV dan perkara berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.
“Marilah kita bersama-sama dengan Felda, jangan banyak ragam. Saya percaya, warga Felda tidak begitu. Yang mengelirukan adalah orang luar yang datang ke Felda. Yang bawa `batu api'. “Makhluk perosak inilah yang mencucuk, meracuni fikiran kita kononnya Felda bankrap (muflis),” katanya dalam Program Ihya Rahmat Ramadan warga Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Awam Felda Pasoh 4 dekat sini hari ini. Ketibaan Najib disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias. Kata Najib, kalaulah ada yang mendakwa Felda `bankrap', bagaimana pula Felda pada hari ini boleh pula mengumumkan pembayaran dividen dan duit raya kepada warga Felda?
“Hari ini saya umumkan, pembayaran dividen FGV melalui pegangan Felda dalam syarikat ini berjumlah lebih RM59.2 juta,” kata beliau.
Yang turut diumumkan adalah penyampaian duit raya kepada peneroka Felda dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta, yang mana dividen FGV dan pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini. Sebanyak 98,688 peneroka Felda yang bersama Felda dan layak masing-masing akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya manakala:
13,947 peneroka yang tidak bersama Felda, TIDAK MENDAPAT DIVIDEN DAN DUIT RAYA. Peneroka yang tidak bersama Felda adalah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang ke Felda, berurus niaga tanah tanpa kebenaran Felda dan menyaman Felda.
“Saya berharap pemberian duit raya akan dapat meringankan beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.
Dalam ucapan sama, Najib turut menyatakan beberapa strategi yang akan diambil oleh Felda termasuklah menimbangkan tawaran hartanah di luar negara dengan anggaran keluasan 420,000 hektar bagi tujuan perladangan. “Hal itu akan diperhalusi termasuklah melihat syarat dan termanya. Kita belum memutuskan dan akan bertemu dengan pemegang saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam waktu terdekat. “Saya akan pastikan apa juga jual beli, hendaklah harga yang ditawarkan itu berpatutan dan jangan bayar lebih daripada itu. Kita pastikan harga sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Saya berhati-hati dalam hal ini,” tegasnya. Terdahulu, Perdana Menteri melawat rumah Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh 1 dekat sini.
Projek perumahan itu bermula dua tahun lalu dan akan diserahkan kepada generasi kedua Felda berkeluasan 1,400 kaki persegi setiap unit melibatkan pembinaan sebanyak 144 unit di Felda Pasoh 1. Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, projek itu adalah projek perintis di negara ini dan sebanyak lapan projek akan didirikan di negeri ini. "Kawasan yang terlibat dengan lapan rancangan pembinaan PGBF ialah Jempol, Tampin dan Jelebu. "Untuk seluruh negara, sebanyak 8,570 unit akan didirikan di bawah 33 skim yang akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/felda-tidak-bankrap-najib-1.111794#sthash.UhGejhKG.dpuf
+ comments + 2 comments
Anda pasti dapat melihat kepakaran anda dalam kerja anda menulis. Dunia berharap untuk penulis lebih bersemangat seperti anda yang tidak takut untuk mengatakan bagaimana mereka percaya. Sentiasa mengikuti jantung anda.
Grazzi għax-xogħol kollha involuti u l-pjaċir nsib
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...