SIKAP MUHYIDDIN WAJAR DICONTOHI KAWAN DAN LAWAN ! (INTIPATI SIDANG MEDIA MANTAN TPM)

28 Jul 20152comments

Saya tanya adakah saya dipanggil kerana saya terlibat dengan rombakan? Beliau (Najib) jawab ya, adakah saya tidak tersenarai, Beliau susah nak. jawab tapi angguk,” kata Muhyiddin

Saya mahu ahli parti tumpu kepada usaha pengukuhan parti, jangan terlalu berfikir soal pengguguran saya dari Kabinet.
Muhyiddin janji akan teruskan khidmatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO 
 
Sebagai muslim saya tidak boleh berbohong. sebab itu jika sesuatu isu berbangkit, saya mesti bagi pandangan sama ada saya akan bersama platform Tun Mahathir atau tidak, itu tidak penting, tetapi apa yang paling penting ialah buat yang terbaik untuk rakyat

Saya tidak fikir kedudukan saya dalam Umno sebagai timbalan presiden akan tergugat. Saya menasihatkan semua penyokong saya supaya memberi keutamaan kepada parti dan negara dan tidak membuat sesuatu yang boleh menyebabkan perpecahan Melayu

Muhyiddin berterima kasih kepada bahagian UMNO yang terus beri sokongan kepadanya terutama Johor, sedia hadir rasmi mesyuarat perwakilan
"Saya akan sentiasa bercakap benar- itu adalah janji saya kepada rakyat dan negara," kata Muhyiddin.

Muhyiddin jelaskan beliau ada menerima facts sheet (surat rahsia) berkenaan 1MDB. Tapi itu tidak memadai.
"Saya tidur dengan nyenyak walaupun saya berjaga lewat untuk membaca kata-kata sokongan di media sosial" kata Muhyiddin."
Banyak (ramai) orang masih terkejut. Saya adalah orang bertanggungjawab, maka saya perlu lakukan tugas dengan amanah.

Share this article :

+ comments + 2 comments

30 September 2015 at 04:10

hey teman, ini boleh menjadi artikel yang amat menarik

4 November 2016 at 06:00

Terima kasih kerana artikel ini yang memperkenalkan saya ke laman web yang sangat menarik. Harapan untuk mendengar daripada anda lagi.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team