JAWAPAN MAIWP ATAS ADUAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI OLEH PN RABIATUN ASMAH

3 Jul 20155comments

MAKLUMBALAS KEPADA “POST” DI DALAM FACEBOOK OLEH RABIATUN ASMAH MOHD ALI BERHUBUNG MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI TAHUN 2015M/ 1436H OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 2 JULAI 2015.

MAIWP MOHON MAAF


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terlebih dahulu memohon kemaafan di atas kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh ibu puan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2015M/ 1436H yang telah diadakan pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang.
 
Untuk makluman pihak puan, bagi memastikan kelancaran program, MAIWP telah membuat persiapan rapi dan sedaya upaya telah merancang beberapa tindakan untuk memastikan program berjalan lancar dan keselesaaan tetamu khususnya penerima bantuan diutamakan. Perkara-perkara seperti seperti menu makanan, ruang solat, parkir bas dan lain-lain perkara telah dibincangkan dengan teliti dan mendalam sebelum program diadakan.
 
Walaubagaimanapun, pada hari program tersebut, khalayak yang hadir melebihi daripada jumlah yang dijangkakan. MAIWP menjangkakan jumlah tetamu yang hadir adalah seramai 10,000 orang namun kehadiran pada hari program menjangkau 12,000 orang. Oleh itu, timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan MAIWP memohon maaf di atas masalah yang timbul.
 
Sebagai penjelasan, ingin dimaklumkan bahawa MAIWP telah memohon agar jemputan dapat hadir awal bagi mengurangkan masalah kesesakan. Oleh itu, MAIWP telah menyediakan juadah sahur. Bagi mengelakkan makanan yang disediakan basi atau rosak, MAIWP tidak menyediakan menu sayur tetapi telah disediakan dengan beberapa lauk lain seperti sambal bilis, tempe, kentang, ayam masak kicap, roti, tamar, anggur dan minuman. Semakan telah dibuat dengan kakitangan bertugas dan mengesahkan pembekal telah menyediakan menu seperti yang ditetapkan.
 
Berhubung parkir bas yang dikatakan agak jauh, MAIWP telah mengambilkira hal ini. Untuk makluman pihak tuan, pihak pengurusan MAEPS tidak membenarkan bas untuk masuk hampir ke dewan program iaitu di Dewan A bagi mengelakkan kesesakan dan telah menyediakan ruang parkir bas. Oleh itu, bagi memudahkan penerima bantuan yang hadir, sebanyak 14 buah “tram” telah disediakan untuk membawa jemputan daripada parkir bas ke lokasi program.
 
Mengambilkira jumlah jemputan yang ramai, satu dewan yang mampu memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa telah disediakan (bersebelahan dewan program) sebagai ruangan solat subuh. Dewan ini telah dipasang tambahan penghawa dingin serta disediakan juga ruang wudhuk tambahan bagi memastikan jemputan yang datang dapat solat subuh dengan selesa.
 

BANTUAN ADALAH SEBANYAK RM500 , BUKAN RM30 DAN KAIN PELIKAT / BATIK SAHAJA

 
Cenderamata berbentuk barangan kain pelikat, kain batik dan tuala kecil merupakan cenderamata iringan yang diberikan sebagai tanda terima kasih kepada jemputan yang hadir. Begitu juga dengan wang tunai RM30 yang diberikan, ianya adalah sebagai saguhati kepada penerima bantuan yang hadir.
 
Manakala bagi bantuan Aidilfitri sebanyak RM500 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, ia telah dimasukkan ke akaun bank penerima. Hal ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan dan atas faktor keselamatan. Justeru, dipohon kerjasama pihak puan dapat mengemukakan maklumat nama penuh dan nombor kad pengenalan ibu puan untuk semakan status bayaran bantuan.
 
MAIWP telah berusaha memikirkan dan merancang yang terbaik untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemputan yang hadir terutamanya para penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP.
 
Untuk makluman puan, dalam menjemput penerima bantuan untuk hadir ke program ini, MAIWP tidak mewajibkan mereka untuk hadir. Ini kerana MAIWP menyedari terdapat di kalangan penerima bantuan yang merupakan golongan warga emas, Orang Kurang Upaya dan mempunyai komitmen lain seperti bekerja dan sebagainya. Namun kesudian mereka untuk hadir amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan kepada MAIWP yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam membantu dan menyantuni asnaf.
 
Walaubagaimanapun, MAIWP sekali lagi memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. MAIWP juga mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan oleh pihak puan. Teguran yang diberikan akan diberi perhatian sewajarnya oleh MAIWP untuk tujuan penambahbaikan dalam penganjuran program-program yang akan datang.
 
Sekian terima kasih.
 

Pembaca boleh semak aduan dan bebelan Pn Rabiatun Asmah yang tidak berpuas hati dengan MAIWP

 

 

 
 
 MHS Nampak Pn Rabiatun Asmah selaku anak tak perlu kutuk BaitulMal yang bantu ibunya sebegini . Anda bekerja, suami anda juga bekerja memang mampu untuk tanggung ibu anda seorang. Bila orang dah beri walaupun RM30 , SEPATUTNYA perlu bersyukur. Malah Maiwp beri RM500 LAGI, perlu lebih bersyukur !
 
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
4 July 2015 at 16:11

Penjelasan itu mungkin boleh menjernihkan yang keruh di hati puan Rabiatul Asmah!

Anonymous
4 July 2015 at 16:13

Sebab-sebab beginilah orang sering menasihatkan kita supaya siasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Dan yang penting kita harus banyak bersyukur. kalau tak dapat ia bukan rezeki kita.

Anonymous
5 July 2015 at 19:13

anda kerja audit lagi. kenapa lepaskan mak yang anda kata uzur pergi malam begini? bab duit laju jer pergi. sama jer semua orang.

24 July 2015 at 03:21

Apa khabar, Anda telah melakukan pekerjaan yang besar. Aku akan digg dan bagi saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya. Saya yakin mereka akan mendapat manfaat dari laman web ini.

27 July 2015 at 07:16

Dejjem hekk eċċitanti u hekk diversifikata, I am ferħan I am Invalid inti tressaq me kuntentizza. Jibqgħu għaddejjin!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team