KIRAAN HARGA PASARAN PETROL NEGARA YANG PERLU KITA KETAHUI!

30 Jul 20152comments

Hari ini telah viral harga baru Minyak RON 95 dan RON 97 yang KONONnya akan berkuatkuasa selepas tengah malam ini. Entah betul , entah tidak, mesej ini telah diviralkan dan bagi mereka yang termakan kepada hasutan, mereka mula bertindak sambil memaki hamun Najib Razak!
 
Ada yang mengatakan harga minyak mentah dunia turun ketika ini, maka wajib bagi Kerajaan untuk mengekalkan atau menurunkan sedikit harga petrol di Malaysia.
 
OK, MInyak mentah belum diproses bak kata Khairy Jamaludin tidak akan dapat menggerakkan kereta kita!
 
Apa yang kita perlu faham ialah , mekanisme pengiraan Harga Petrol (Bukan minyak mentah / crude oil) adalah berdasarkan harga purata bulanan Harga Minyak Mentah beserta kos proses, tapis, angkut, diedar dan diniaga. Dan pihak kerajaan telah bersetuju ianya perlu dipuratakan dalam masa satu bulan, bukan tiap-tiap hari.
 
Contoh harga minyak 1 Disember 2014 :
 


“Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November 2014 adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.
 
Walaubagaimanapun kadar tukaran wang asing Negara juga mempunyai factor dalam penentuan harga minyak. Kalau Nilai Ringgit secara puratanya jatuh, maka harga kita membeli minyak yang telah diproses / belum diproses akan tinggi sedikit!
 
Maka , tidak tentu lagi harga minyak kita bulan hadapan tinggi ataupun kurang. Banyak factor perlu diambil kira. Di sini kita perlu jadi lebih adil dan rasional kerana kita sekarang ini tidak bodoh dan dungu untuk diperbodohkan dengan teori dan mesej-mesej tidak berasas menentukan harga Petrol sebelum diumum KPDNKK!

ADIOS AMIGOS
-MHS-

Share this article :

+ comments + 2 comments

6 October 2015 at 01:02

Saya tidak pasti mengapa tetapi weblog ini memuatkan sangat perlahan untuk saya. Adakah orang lain yang mempunyai isu ini atau adakah ia masalah bagi pihak saya? Saya akan menyemak kembali di kemudian hari dan lihat jika masalah masih wujud.

Anonymous
19 July 2022 at 04:25

Très bon article, comme toujours. Il a le mérite de susciter le commentaire 
voyance gratuite mail immédiat en direct

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team