PENEMUAN QURAN TERTUA DI DUNIA DIRAGUI PAKAR ISLAM DI MAKKAH!

27 Jul 20151comments

Makkah: Ahli sejarawan dan pakar manuskrip menyatakan keraguan mereka mengenai penemuan manuskrip al-Quran yang didakwa tertua di dunia oleh Universiti Birmigham, minggu lalu. Universiti itu baru-baru ini mendedahkan dua kekulit yang ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama yang dipercayai ditulis sekitar 568 hingga 645 Masihi.
 
Universiti itu mendakwa manuskrip berkenaan mungkin ditulis sekitar waktu kehidupan Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, akhbar Makkah melaporkan kelmarin bahawa beberapa faktor membuktikan manuskrip itu kemungkinan besar ditulis selepas kewafatannya. Pakar berpendapat bahawa ketika zaman Nabi Muhammad SAW, tiada pemisah antara surah menggunakan warna merah, selain tiada dakwat merah digunakan untuk menulis kalimah Bismillah pada awal surah.
 
Tambahan faktor bahawa surah di dalam al-Quran tidak disusun seperti mana keadaannya pada zaman ini. Pakar manuskrip, Abdul Sattar Al-Halouji menuduh universiti itu sekadar berhelah untuk mendapatkan publisiti. “Sukar untuk mengenal pasti sama ada manuskrip berkenaan ditulis ketika hayat Nabi Muhammad SAW.
 
Pihak universiti sepatutnya mengkaji dakwat dan bukan kekulit digunakan,” katanya. Sementara itu, seorang pakar arkeologi berkata: “Manuskrip itu mungkin ditulis pada zaman Othman bin Affan, yang menjadi khalifah beberapa tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.” Dekan perpustakaan Universiti Umm Al-Qura, Adnan Al-Sharif pula berkata, wujud banyak keraguan mengenai dakwaan penemuan manuskrip tertua itu.
 
Katanya, pemeriksaan radiokarbon manuskrip pula hanya boleh menunjukkan abad dan bukan tahun ia ditulis. Pendiriannya sama dengan seorang lagi pakar manuskrip, Abbas Tashkandi yang berpendapat kekulit berkenaan lebih berusia berbanding tulisannya. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66669#sthash.8DMQt7ML.dpuf
Share this article :

+ comments + 1 comments

4 November 2016 at 06:05

Terima kasih kerana artikel ini yang mengandungi banyak nasihat yang baik. Ini adalah sesuatu yang saya mempunyai pemahaman masa yang sukar sebelum ini.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team