APALAGI YANG KELUARGA WARGA CHINA TAK PUAS HATI?

23 Apr 20141comments

APALAGI YANG KELUARGA WARGA CHINA TAK PUAS HATI?  

SYARIKAT PENERBANGAN NAUNGAN RAKYAT MALAYSIA SUDAH LUNASKAN 96% TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH WARIS PENUMPANG WARGA CHINA MH370! 

Selain itu, Kerajaan Malaysia juga telah berhabis jutaan ringgit mungkin telah mencecah bilion ringgit wang rakyat Malaysia bagi membiayai misi mencari dan menyelamat (SAR) MH 370 atas dasar tanggungjawab sebuah Kerajaan yang berdaulat. 

APALAGI YANG KELUARGA WARGA CHINA TAK PUAS HATI?  

Sikap bangang sesetengah warga China 



Artikel ini dikeluarkan MHS bukan kerana ingin melaga-lagakan negara, tetapi selaku rakyat Malaysia , MHS rasa sakit hati dengan tindakan biadap dan tidak matang beberapa warga China yang melakukan tuduhan liar kepada Malaysia yang bertungkus lumus mahu menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan pantas. Namun apakan daya, KAPAL TERBANG MASIH BELUM DIJUMPAI!!! 


Petikan Akhbar! 

BEIJING - Malaysia Airlines (MAS) telah melunaskan 96 peratus tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kata Naib Presiden Kanannya Jaffar Derus Ahmad.
    
Beliau berkata dari 8 Mac hingga 21 April lepas, pihaknya telah menerima 124 tuntutan bayaran balik daripada 400 anggota keluarga penumpang warga China yang tinggal di Hotel Lido di sini.
    
Beliau berkata daripada jumlah tuntutan itu, sebanyak 86 peratus atau 106 tuntutan telah dibayar sepenuhnya kepada saudara mara penumpang.
    
"Ada sebanyak 10 tuntutan telah diluluskan oleh ibu pejabat dan kami sedang dalam proses memindahkan wang ke akaun anggota keluarga," katanya kepada sesi taklimat hairan kepada saudara mara penumpang MH370 di sini, semalam.
    
Bagaimanapun, katanya, terdapat tiga tuntutan diluluskan oleh ibu pejabat MAS tetapi ditolak oleh waris penumpang.
   
Jaffar bagaimanapun enggan menjelaskan butiran tuntutan yang dikemukakan oleh waris penumpang warga China itu apabila ditanya oleh wartawan Malaysia selepas sesi taklimat itu.
    
Semasa taklimat itu, salah seorang waris, Jiang Hui berkata mereka tidak akan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semasa lawatannya ke Beijing kecuali beliau boleh menjawab soalan teknikal berhubung MH370.
    
Kelmarin, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Hamzah, yang juga pengerusi jawatankuasa waris, sudah berada di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga mangsa.
    
Difahamkan Hamzah berada di sini untuk menemui pihak berkuasa China bagi membincangkan isu-isu berkaitan kehilangan pesawat itu.
    
Pada sesi taklimat semalam, waris penumpang mendesak wakil MAS supaya memberitahu nombor siri kotak hitam penerbangan MH370.
   
Mereka sukar menerima penjelasan walaupun Jaffar berulang kali menyatakan dokumen berkaitan MH370 'dikunci' oleh pihak berkuasa siasatan sejak hari pertama kehilangan pesawat itu.
    
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.
    
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.    

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan d
Share this article :

+ comments + 1 comments

16 May 2016 at 06:58

Thank you for this site and all information abounds. I find it very interesting and I recommend it to everyone!
All the best. friendly

voyance gratuite en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team