Di zaman moden ini,
masih ramai di kalangan umat Islam yang mempercayai tukang tilik. Mereka
menyakini tukang tenung boleh menyelami rahsia alam ghaib sama ada mengetahui
siapakah pencuri yang melakukan pengkhianatan atau meramalkan perkara yang akan
datang dan perkara-perkara yang ghaib yang akan berlaku.
Tukang tilik dan
para bomoh yang suka meramal dan menceritakan sesuatu sama ada berkaitan hal
jenayah dan sebagainya itu sebenarnya adalah menerima bisikan daripada syaitan
atau jin yang suka melakukan pendustaan dan pembohongan sedangkan mereka memang
tidak sedikitpun mengetahui alam ghaib.
Allah SWT mewakilkan
kepada malaikat untuk memastikan supaya mengazab jin apabila mereka mengingkari
arahan dan perintah Nabi Allah Sulaiman a.s iaitu dengan membakar mereka.
Jin telah
diperintahkan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s supaya membangunkan suatu
bangunan, maka mereka semua melakukan siang dan malam tanpa hentinya, kerana
terlalu takut. Sehinggalah Nabi Sulaiman wafat di hadapan mereka sedangkan
mereka tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan mereka tidak mengetahui alam ghaib.
Kalaulah mereka mengetahui tentang kewafatan Nabi Sulaiman a.s tentulah mereka
akan berhenti daripada meneruskan pembinaan bangunan itu. Sedangkan bangunan
yang diarahkan itu memang terlalu sukar untuk dibangunkan sebagaimana yang
telah disebutkan oleh Allah SWT didalam al-Quran.
Nabi Sulaiman a.s
wafat di hadapan mereka pun tidak dapat mereka kesan. Bagaimana pula untuk
membolosi rahsia alam ghaib dan perkara-perkara yang hanya Allah sahaja
mengetahuinya. Sebenarnya golongan jin ini sebelum turunnya al-Quran boleh
mencuri berita dari langit tetapi setelah al-Quran diturunkan mereka tidak lagi
dapat menaiki langit sebagimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan Sesungguhnya kami Telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, Maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang Kuat dan panah-panah api. Dan Sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). tetapi sekarang[1524] barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka."
Ar-Razi di dalam
kitab tafsirnya menghuraikan tentang kematian Nabi Sulaiman a.s sedangkan
jin bekerja di hadapan baginda dan tidak mereka sedari, dengan katanya jin
memang mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh manusia. Maka takdir
kematian Nabi Sulaiman a.s adalah ilmu ghaib, manusia tidak diberi ilmu
melainkan amat sedikit, banyak perkara yang nyata mereka tidak ketahui, dan jin
pula tidak mengetahui yang zahir walaupun dinisbahkan oleh manusia perkara itu
adalah tersembunyi. Maka nyatalah memang mereka tidak megetahui alam ghaib.
Sekiranya mereka mengetahui alam ghaib itu tentulah mereka tidak akan
meneruskan kerja yang amat berat, kerana menganggap Nabi Allah Sulaiman masih
hidup.
Begitu juga apabila
mereka ditegah mengintai untuk mencuri berita dari langit mereka tidak tahu
mengapa mereka ditegah berbuat demikian sehingga meeka bertanya sesama sendiri
dan sekiranya mereka tahu alam ghaib tentulah mereka mengetahui mengenai
kebangkitan Nabi SAW terlebih dahulu.
Jin memang boleh
terbang kesana dan kemari dengan cepat dan segera, oleh itu mereka mampu
mengetahui peristiwa yang telah berlaku di benua yang jauh atau peistiwa yang
berlaku yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimana pun apa yang mereka
sampaikan tidak semestinya betul kerana berita itu dibawa oleh satu jin yang
boleh jadi lurus dan betul atau mungkin berdusta, kerana di kalangan mereka ada
yang maksiat, kafir dan sebagainya.
As Syeikh Mohammad
Al Ghazali mengatakan jin itu mempunyai kuasa melebihi kuasa atau kudrat
manusia, mereka boleh menyeberangi udara dengan tenaga biasa sejak zaman dahulu
kala lagi tetapi mereka tidak mengetahui alam ghaib. Adakalanya berita itu
ghaib nisbah kepada kita tetapi tenyata zahir nisbah kepada meeka.
Contohnya sekarang
kita dapat mengetahui apa yang belaku di negara lain sama ada melalui satelit
televisyen sedangkan jarak kita dengan mereka amat jauh. Ini bukanlah bererti
kita mengetahui alam ghaib, sekadar peristiwa yang jauh dari pandangan mata di
alam nyata.
Untuk mengetahui
pekara-perkara yang ghaib di masa akan datang sesuatu yang mustahil melainkan
melalui wahyu. Dengan hal yang demikian, kalau seseorang yang bertanya kepada
tukang tilik atau tukang tenung dan ia menjelaskan perkara-perkara yang akan
datang maka itu adalah suatu perkhabaran yang jelas membawa kepada kebinasaan.
Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah menjelaskan mengenai hukum bertanya kepada jin dan kepada
konco-konconya termasuk tukang tilik dan sebagainya.
·
Kalaulah ditanya
kerana hendak membenarkan apa yang mereka katakan maka hukumnya adalah haram
sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Muawiyah
bin Abi Sullami bermaksud:
"Ya Rasulullah, pekara-perkara yang kamai lakukan di zaman jahilliah ialah mendatangi tukang nujum. Sabda baginda, "kamu jangan mendatangi tukang nujum."
Begitu juga dalam
hadis yang lain bermaksud :
"barangsiapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari."
·
Kalai disoal
semata-mata untuk mengetahui hal dan segala tindak tanduknya dan untuk
mengetahui pembohongannya maka adalah harus sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud:
"sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bertanya Ibnass Sayyad. Sabdanya : Apakah yang datang kepadamu?, katanya datang kepada saya yang benar dan dusta . sabdanya apa pandanganmu, jawabnya aku lihat istana di atas air, sesungguhnya aku sembunyikan dari segala keburukan. Sabdanya diingatkan – Jangan kamu ulangi, dan seperti engkau ada kuasa, dan dan ini adalah sebahagian saudara tukang tenung."
·
Kalau ia mendengar
sesuatu yang diceritakan atau dikhabarkan oleh jin melalui tukang nujum atau
tukang tilik maka dalam perkara ini ia perlu kepada bukti yang menyokong
perkhabarannya itu sebagaimana fiman Allah SWT bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
sumber: darussalam
+ comments + 1 comments
Terima kasih kerana artikel ini yang membuat saya mengetahui tapak anda sangat menarik. Melihat ke hadapan untuk membaca lagi.
voyance en ligne rapide
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...