DUKA-DUKI SELANGORKU , SEBUAH ANTOLOGI

15 Apr 20141comments

1. Telah 2 minggu MHS mendengar rungutan daripada seorang penyokong tegar PKR di Selangor yang juga sepupu belah isteri mengeluh dengan catuan air yang dikenakan ke atasnya. Katanya catuan air berlaku di rumahnya di kawasan Bangi selang dua hari setiap minggu. 

2. Dalam hati MHS, "padan muka ko" , namun apakan daya, nilai kemanusian masih menebal di hati MHS, walaupun pernah bertekak dek kerana tidak sealiran fahaman politik, kita dikatanya bersekongkol dengan Kerajaan yang zalim , masih lagi MHS benarkan beliau untuk mandi di rumah MHS yang terletak di Negeri Sembilan ini. Siap MHS belikan lagi tong air besar RM 20 di kodai 2N yang popular di Somban ni. 

3. Alhamdulillah, beliau berterima kasih sambil menyatakan di Selangor, tong air pun dah dijual RM100.00 setong dek kerana peniaga-peniaga BiaDAP mengaut keuntungan di sebalik kemurungan rakyat Selangor yang tiada air. Di Negeri Sembilan masih lagi RM20 , Alhamdulillah. Terngiang sekali lagi kata-kata semasa bertekak selepas PRU 13 yang lalu, orang Negeri Sembilan katanya masih percaya dengan Kerajaan BN yang zalim. Tetapi di Negeri Kerajaan Zalim inilah Penyokong Pakatan saudara kepada MHS ini mendapatkan air dan tong air!! MHS berdiam diri sambil  memerhati beliau memasukkan tong-tong air sejumlah 4 biji semuanya ke dalam kenderaan beliau. 

4. Mengimbas kembali kronologi Krisis Air di Selangor , MHS masih teringat apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

5. Kerajaan PKR Selangor di bawah telunjuk Penasihat Ekonominya yang juga Mantan Menteri Kewangan Malaysia DS Anwar Ibrahim tidak mahu melaksanakan segera kerana mereka mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.
6. Kerajaan Selangor memutuskan tidak memberi Kebenaran Merancang Dan Membina untuk Loji Langat 2. Loji Langat 2 merupakan bahagian penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan di proses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
7. Mereka menjalankan permainan Pakatan untuk melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan Barisan Nasional.
8. Kerajaan Selangor secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. MB Mereka mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.
9. Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka. Jangan salahkan Allah atas sikap dan perangai buruk kepimpinan Pakatan.
10. Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Kerajaan PKR Selangor melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.
11. Kerajaan PKR Selangor tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
12. Namun kejahatan dan hati busuk Pakatanakhirnya dibalas Allah. Krisis air yang dijangka menjadi kenyataan, Khalid terpaksa mencatu air. Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
13. Menyedari kemarahan rakyat akan bertambah besar menjelang pertengahan bulan ini, MB Selangor (tanpa persetujuan ANWAR IBRAHIM dan konco-konconya) telah bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM 2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula “pemain industri air Selangor”.
14. Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
15. Namun apa yang kita saksikan sejak berbulan-bulan ini sikap busuk hati dan bodoh sombong penyokong Pakatan Rakyat masih berterusan menegakkan benang basah dan berbohong kepada umum bahawa ini kejayaan Pakatan dan Khalid menyingkirkan Syabas kroni Barisan Nasional.
16. Mereka menipu fakta bahawa penstrukturan ini dirangka dan dirancang oleh Barisan Nasional sendiri pada 2007. Mereka juga langsung tidak berasa bersalah atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan dan Khalid melengahkan pembinaan Loji Langat 2 sehingga menyebabkan krisis air sekarang dan kerajaan Persekutuan mengalami kerugian jutaan ringgit.
17. Apa yang boleh MHS katakan kepada rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya, berhati-hatilah memilih pemimpin dan parti pemerintahan. Inilah akibatnya kalau tersalah pilih pemimpin! Sekarang ini ada pula ura-ura nak saman Kerajaan Selangor. Saman lah diri sendiri dahulu kerana andalah yang memilih Kerajaan itu. Allahuakbar! 

Inilah cerita duka duki selangorku, walaupun hujan turun mencurah-curah, air tetap kena catu! 

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
15 April 2014 at 07:44

Saya menyampah habis dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team