TIPS@MHS : AWAS!!! TAHUKAH ANDA BAHAYA MENCABUT BULU HIDUNG!!

2 Apr 20143comments

Setiap kejadian Allah SWT , pasti mempunyai hikmah dan fungsi yang terbesar yang manusia tidak ketahui. Hal ini kerana, Allah SWT lah yang mencipta manusia dan makhluk - makhluk yang lain. Rahsia alam ini adalah di dalam pengetahuan Yang Maha Esa. 
Begitu juga yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Hari ini, MHS terbaca satu artikel mengenai Bahaya Mencabut Bulu Hidung. 

Jika dibiarkan terlalu panjang, bulu hidung memang mengganggu penampilan sehingga perlu dirapikan. Sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.
Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).
Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.
Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.
Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.
Risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.
Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk ke dalam hidung. SUMBER
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
3 April 2014 at 04:30

bulu hidung itu Allah jadikan juga sebagai penapis udara yg di sedut masuk ke paru paru, so bulu bula dan habuk akan terjerat di bulu bulu tersebut dari terus masuk ke dalam badan. Di ruang itu juga ada sejenis lendirian yg juga menjadi penapis pada habuk dan debu , sehingga habuk dan debu akan melekat dan terjerat ...yg akhirnya menjadi tahi hidung!

Anonymous
3 April 2014 at 22:23

tahi hidung yang berkumpul dan berketul-ketul dikorek dan seterusnya di calit dimana-mana contohnya dibawah meja, kerusi ataupun dilastik menggunakan telunjuk ke sasaran yang tidak menentu

4 April 2014 at 04:55

I often stop on your site I really appreciate it allows me to escape and think of other things .... What happiness ! thank you

Voyance gratuite par email

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team