AHLI PARLIMEN KELANTAN AKAN SOKONG PEMBENTANGAN ENAKMEN HUDUD KELANTAN OLEH KERAJAAN KELANTAN!

6 Apr 20142comments

MHS mengucapkan tahniah kepada para UMNO Kelantan yang akan bertindak membangkitkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud di Parlimen. 

"Sebagai orang Islam , kita wajib menyokong undang - undang Islam", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan , Datuk Seri Mustapa Mohamed .

Pemuafakatan sebegini merupakan satu langkah yang sangat baik dan merupakan langkah strategik yang diredhai Allah. Walaubagaimanapun , langkah ini pasti mendapat tentangan daripada DAP yang masih tidak faham mengenai Hudud meskipun telah di'tarbiyah' PAS bertahun-tahun. 

Sebelum itu, Kerajaan Pas Kelantan menyatakan akan melaksanakan Hudud pada tahun hadapan sekiranya Parlimen Malaysia meluluskannya pada tahun ini.

Datuk Seri Mustapa juga menyatakan perkara ini akan dibawa kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk perbincangan dan mesyuarah lanjut. -Amin ya rabbal Alamin. 


Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
7 April 2014 at 01:21

Molek sgt disokong, jika ada kelemahan dan kekurangan, dimuzakarahkan dan ditambahbaikkan.

8 April 2014 at 04:05

Minden jól megtervezett az oldalon, és nagyon szép , sok választás , ez egy csoda ! Gratulálok. barátságos .

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team