IPOH 16 April - Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menyifatkan kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong selepas perlawanan Liga Super antara pasukan tuan rumah dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak malam tadi sebagai sejarah hitam dalam sukan bola sepak negeri ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin meminta maaf kepada para penyokong JDT ekoran insiden tersebut.
Kekecohan tercetus di tempat duduk penonton selepas perlawanan tamat kira-kira pukul 10.45 malam tadi, sehinggakan penyokong JDT terpaksa melarikan ke padang menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berjaya menghalang kejadian lebih buruk.
Setakat ini lapan penyokong Perak ditahan polis kerana membaling objek, membakar suar dan mercun serta mencetuskan kekecohan. - UTUSAN ONLINE
Gambar kekecohan tribute to SEJARAH MELAYU
IKLAN
+ comments + 1 comments
Saya sangat menghargai artikel ini yang membawa bantuan sebenar.
voyance gratuite amour
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...