TIADA HARTA DITEMUI SETAKAT INI DI PULAU NANGKA, MELAKA
MELAKA 30 April - Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.
,Mulai esok, katanya, kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.
``Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Isnin lepas, Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan yang dipercayai pintu tempat simpanan harta itu, sudah siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.
Idris berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140430/dn_33/Tiada-Harta-Karun-ditemui-di-Pulau-Nangka-setakat-ini#ixzz30MIDQQeZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
+ comments + 2 comments
Kalau dah dipanggil harta karun , karun lah punya. Lain kali jangan mix-up, harta warisan sebetulnya. Maka kalau bukan pewaris, status yang mencari adalah penyamun. Dah dipindah-pindahkan dah. Kerajaan kena berani tunjuk dulu siapa pewaris yang berhak atas harta ni.
My warmest congratulations on your site! It helped me a lot and liked, especially that all your shares are interesting. Long life to your site. Above all, never give up; your blog is really on top!
voyance gratuite mail
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...