BN-UMNO SABAH TETAP KUKUH DAN UTUH DI SABAH

4 Aug 20122comments

SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi  memastikan keadaan itu berterusan.
   
Beliau berkata dakwaan kononnya Umno dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
"Itu (gembar-gembur) kita tidak bimbang sangat. Kita akan mengambil langkah tertentu untuk  memastikan kita dapat mengukuhkan Umno dan BN di Sabah. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
   
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang merancang ke negeri ini minggu depan dan akan membawa 'kejutan'.
   
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata jika selepas gembar-gembur di Sarawak gagal membawa kemenangan kepada pembangkang pada pilihan raya negeri itu, perkara serupa juga akan berlaku di Sabah.
   
Mengenai kesan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin kepada Umno Sabah, beliau berkata pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih sedang menyusun  jawatankuasanya bagi memperkukuh Umno bahagian itu. -Bernama


MHS : Hanya kerana tidak menjadi 'WINNABLE CANDIDATE' Barisan Nasional pada PRU 13, mereka lari dari parti. Nasib PKR lah nak letak NON Winnable Candidate ni dekat mana.hehehe
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
5 August 2012 at 01:03

ni kali lahhh..

6 August 2012 at 17:15

Jangan tidak bimbang dan risau dengan gembar gembur Datuk Seri..Semporna mungkin tidak ada masalah sebab pengundi majoriti bumiputera islam.. begitu juga dengan kawasan yang hampir 50-50 kaum Bajau yang lain.Keyakinan yang melampau ini bakal mendatangkan musibah pada BN/UMNO. Jangan juga pandang rendah pada Wilfred dan Lajim.. mereka ada lah ahli politik veteran yang ada kelas tersendiri. Pergi kebandar2 besar diSabah, KK, Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Belud, Kudat atau pekan pekan yang majoriti pengundi masyarakat KDM.. duduk dikedai kopi atau jalan jalan dipasar campur dgn rakyat biasa dan dengar apa yang mereka sebagai PENGUNDI cakap.Masih tak risau juga?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team