Permohonan maaf Chong Wei kepada lebih 28 juta rakyat Malaysia kerana gagal dalam usaha merampas Emas Olimpik daripada Lin Dan sekaligus menidakkan sekali lagi penantian Malaysia dalam memburu emas pertama sukan berprestij itu nyata mengharukan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Sikap Chong Wei yang begitu rendah diri itu wajar diberikan pujian dan wajar dijadikan contoh atlet yang mempunyai semangat juang yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai murni seorang rakyat Malaysia.
Walaupun Malaysia terpaksa menunggu 4 tahun lagi untuk memburu emas sulung di Olimpik, semangat dan harapan setiap warga Malaysia untuk mencapai kejayaan yang terbaik tetap membara. MHS ucap tahniah kepada Lee Chong Wei dan berharap Lee Chong Wei dapat membantu Malaysia melahirkan jaguh badminton sepertinya!
PETIKAN AKHBAR
LONDON: "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasaPiala Thomas pada Mei lalu.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepaS kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.
Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
"Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya. - BERNAMA
+ comments + 5 comments
KALAH TETAP KALAH...kita nak MENANG...MENANG...MENANG...MENANG....yg lain belakang cerita la....
relax bro, terima hakikat... Sometimes you've to let go, not because you give-up, but you realize that there are things that cannot be!
and..it not belong to you..sambungan sebab baru terpikio...:p
it doesnt belong to you...huhuhuh..gramtically wrong .sorry
Aku tabik DLCW, aku penah alami kecederaan macam die di pergelangan kaki memang sebiji lompat tinggi dan kaki terkehel "prak prak" lagi bunyinya...dalam 5-6 bulan aku masih takut untuk berlari apatah lagi bersukan....DLCW memang terbaik, dengan masa yang singkat dia kembali ke prestasi asal...Cheng Long pun kene sedangkan Cheng Long semakin meningkat...harap Anwar dapat menyarung jersi negara gantikan DLCW..pasti emas dalam genggaman (sbb anwar rajin genggam menggengam ni)
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...