MAHASISWA SUDAH TERGADAH BARU MENYESAL!

1 Aug 20128comments


Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.” 

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula. 

“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya. 

Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian. 

“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan. 

Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA


@MHS Mahasiswa lain perlu ambil iktibar dengan perkara ini. 
Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
1 August 2012 at 17:44

IKUT lah cakap ANwar tu...samo jo bebudak ni ngan sirafizi jamban. bodoh, anwar relax jerrr

Anonymous
1 August 2012 at 17:45

itu lah der... org bayar der suruh study sampai pandai... suruh pikiaq elok2... jadi org berguna untuk bangsa, negara dan agama... bukan nak asyik syiok ngan berpolitik... der muda lagi... tapi salahguna nafsu berpolitik... betul org kata rezeki kita Allah yang tentukan... kalau rayuan ditolak, pandai2 ler nak hidup, der...

Bohsan Nova
1 August 2012 at 17:53

Boleh berpolitik, tp cara cerdik la. bukan macam politik sekarang ni. serabut. macam taik!

1 August 2012 at 18:29

Jgn dok bg... biarkan dia usaha sendiri cari duit.... Ramai org yg lebih memerlukan dan berkelayakan harus dibantu.

Anonymous
1 August 2012 at 19:02

mana orang besar2 PR yang katanya boleh tolong biayai pengajian tuhhhhh!!! ptuihhhh!!!

Anonymous
3 August 2012 at 06:56

dah macam tu pi merayu kat menteri BN buatpa... pi la mintak kat Ambiga

Anonymous
3 August 2012 at 09:17

Minta tolong dgn PR dan Ambiga,tentu boleh settle punya,sepatutnya fikir dulu sebelum ambil sebarang tindakan,esok keluar jadi doktor pasti jadi ejen PR.Cukup-cukuplah MB teremgganu,puak ni pandai berlakon,,dasar air mata buaya..

Anonymous
3 August 2012 at 16:01

jangan kasi, biar dia rasa, live with consequences. kalo mak ayah dia merayu2, tawarkan pengajian dalam negeri je, bagi ptptn.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team