Singapore menyibuk lagi! Akta Melindungi Sistem Perbankan Negara diselar!

13 Aug 20122comments


Laporan  akhbar  Singapore’s Business Times  menyelar tindakan Kerajaan  Malaysia yang mendakwa Rafizi atas kesalahan pelanggaran Banking and Financial Institutions Act (BAFIA). 

Laporan  berkenaan siar kembali oleh portal The MalaysiaInsider turut mendakwa tindakan double standard yang diamalkan oleh pihak berkuasa dalam penahanan Rafizi berkaitan dengan tangannya yang digari semasa dihadapkan ke Mahkamah. Ini berbanding pendakwaan ke atas suspek kes salah laku rasuah  NFC , Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang tidak digari semasa dibawa ke Mahkamah.

Tindakan yang media Singapura anggap tidak selari dengan dasar-dasar yang di umumkan oleh kerajaan Malaysia jelas cuba menggambarkan imej negatif terhadap negara.

Kewajaran media Singapura yang mengambil kesempatan untuk  menggunakan isu pendakwaan Rafizi  membayangkan pengaruh pakatan pembangkang untuk menaikkan imej mereka.

Hakikat sebenar media Singapura perlu tahu tentang proses undang-undang  Malaysia memang telus dan terbuka. Ia amat berbeza dengan  Singapura kebebasan ahli-ali pembangkang mereka amat terhad dan  sentiasa di sekat. Malah jika berlebihan undang-undang secara pantas akan dikenakan dan ada yang telah muflis kerana tindak-tanduk  mereka. - Lanjut, sila layari : JejariKami 


MHS juga mahu menyelar Singapura yang masih mengamalkan ISA di dalam negaranya!! Ketidakmatangan politik Singapura perlu diperbaiki dahulu sebelum cuba untuk mengajar negara lain mentadbir negara sendiri! 

Tindakan media singapura yang mensensasikan berita ini juga menunjukkan tiadanya semangat setiakawan sejagat daripada jiran Malaysia itu dan cuba merosakkan pelaburan Malaysia yang sedang rancak dijana di sebalik keadaan ekonomi dunia yang merudum! . Mereka pun tahu bahawa akta BAFIA ini melindungi SISTEM Perbankan Negara dan sikap Singapura menyelar tindakan undang-undang yang melindungi perbankan negara menunjukkan mereka cuba secara halus merosakkan imej dan ekonomi Malaysia di mata pelabur! 

Sekiranya Malaysia tidak menguatkuasakan undang-undang BAFIA, maka akan berlaku ketidakyakinan pelabur di dalam SISTEM PERBANKAN NEGARA yang menjadi tulang belakang kepada Nilai Pelaburan Asing di Malaysia! Umum mengetahui apabila perbankan tidak lagi dipercayai, akan menyebabkan banyak aliran tunai negara keluar ke negara asing, dan negara asing itu tentunya SINGAPURA! Sekaligus Malaysia mengalami kemerosotan dana dan modal sebagaimana berlakunya krisis mata wang pada tahun 1997! 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
13 August 2012 at 02:27

singapork pun ada undang2 macam tu juga

Bank secrecy (or bank privacy) is a legal principle in some jurisdictions under which banks are not allowed to provide to authorities personal and account information about their customers unless certain conditions apply (for example, a criminal complaint has been filed[1]). In some cases, additional privacy is provided to beneficial owners through the use of numbered bank accounts or otherwise. Bank secrecy is prevalent in certain countries such as Switzerland, Singapore and Luxembourg, as well as offshore banks and other tax havens under voluntary or statutory privacy provisions.

13 August 2012 at 02:52

SEE! they spoke more than they thought! KIASU singaPORK!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team