SAH HARAKAH MEDIA FITNAH, KUCAR KACIR MASYARAKAT!

15 Aug 20120 comments





Harakah disahkan di dunia lagi bahawa Harakah merupakan media fitnah.Dari satu isu ke satu isu, dari satu berita ke satu berita Harakah tidak serik-serik untuk mereka-reka cerita dan membiarkan pak lebai-pak lebai mereka yang ada di antara pak lebai mereka itu pergi naik haji sampai 10 kali! Itulah dosa-dosa HARAKAH dan kebodohan LEBAI Malang PAS! Lihat berita ini : 




SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lalu, adalah fitnah terhadap Umno.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bagaimanapun menolak tuntutan saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penyiaran artikel berkenaan berikutan Mohd Zin bukan seorang penjawat awam.

Selain Mustafa, tiga defendan dinamakan dalam saman yang difailkan pada 14 September tahun lalu, ialah pencetaknya Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, editor Harakah Ahmad Lutfi Othman dan pemberita Khairul Azlam Mohamad.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zaki berkata defendan sebelum ini ada membangkitkan isu bahawa plaintif tiada keupayaan untuk membuat tuntutan ke atas mereka.

Beliau berkata memandangkan isu yang dibangkitkan itu bukan isu prosedur tetapi isu berkaitan undang-undang, maka mahkamah membenarkannya.

"Adalah jelas sesuatu pertubuhan boleh buat tuntutan atas nama penjawat awam yang dilantik tetapi plaintif bukan penjawat awam yang boleh buat tuntutan dan justeru mahkamah menolak tuntutan plaintif, katanya.

Ahmad Zaki seterusnya berkata mahkamah berpuas hati bahawa artikel berkenaan adalah fitnah dan jelas merujuk kepada Umno Selangor.

Beliau berkata defendan tidak pernah menafikan perkara itu dan justeru mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap defendan.

"Pembelaan defendan adalah berdasarkan keisimewaan bersyarat bahawa Harakah hanya untuk ahli PAS, bagaimanapun defendan akui Harakah dijual di tempat awam dan boleh dibeli oleh bukan ahli.

"Tindakan defendan memanggil sidang akhbar yang turut dihadiri wartawan bukan Harakah ada maksud tersirat supaya kenyataan fitnah disiarkan kepada bukan ahli PAS dan justeru mahkamah menolak pembelaan defendan.

"Adalah malang bagi negara ini apabila fitnah dijadikan bahan politik. Oleh sebab mahkamah dah benarkan isu ketidakupayaan, jadi mahkamah tidak boleh arahkan defendan untuk bayar kos. Kalau isu ketidakupayaan tidak dibangkitkan plaintif mungkin berjaya dalam tuntutan," katanya yang turut memerintahkan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team