Masalah air di Kelantan semakin meruncing apabila urusan pengebumian seorang warga tua dari Kampung Simpangan, di sini kelmarin, terganggu selepas tiada air untuk memandikan jenazah.
Jenazah Che Yah Chik, 93, yang meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi akibat sakit tua di Hospital Tumpat, sepatutnya dimandikan sebaik dibawa pulang awal pagi berkenaan, namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 11.30 pagi akibat tiada air.
Cucu arwah, Mahadi Mokhtar, 47, kesal kerana pihak bertanggung jawab, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya kepada pengguna terutama pada waktu kecemasan seperti itu, malah masalah bekalan air sudah dihadapi penduduk sejak awal puasa.
Terpaksa tangguh kebumi
“Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek. Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, namun disebabkan tiada air ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan.
“Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu, barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki,” katanya.
Kecewa khidmat AKSB
Beliau yang lega selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bendang Pak Yong, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang, kecewa dengan perkhidmatan disediakan AKSB sehingga menyusahkan penduduk melakukan pelbagai urusan termasuk memandikan jenazah.
“AKSB seharusnya sudah lama mengatasi isu bekalan air ini. Sepatutnya pada Ramadan ini, pengurusan syarikat itu harus peka dengan keperluan pengguna terutama dalam membuat persiapan berbuka puasa,” katanyA (BH)
MHS: Masalah air di Kelantan dah sampai ke tahap Masalah Dunia dan Masalah Akhirat. Semoga ALLAH permudahkan urusan.
+ comments + 1 comments
Runcing sangat masalah sampai tahap ini..
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...