gambar sekadar hiasan |
Salam MHS ucapkan kepada semua warga alam maya..Apapun MHS mohon maaf kerana agak lama menyepikan diri tanpa sebarang posting, al maklumlah bulan2 raya ni makan terlebih sket...hehehe..Apa pun MHS harap semua berada dalam keadaan sihat dan gembira disamping keluarga tercinta..
Tak mau bercakap pasal isu politik yang panas di luar sana, cuma MHS nak berkongsi pandangan mengenai keghairahan segelintir masyarakat yang berbelanja secara berlebihan menggunakan kad plastik@kad kredit hingga terpaksa menanggung hutang selepas raya...Jikalau anda semua perasan dalam akhbar KOSMO ada memetik bahawa jumlah hutang rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang bergaji lingkungan RM 2,000.00 dan ke bawah adalah amat tinggi. Pada pengamatan MHS, ini terjadi kerana masyarakat membenarkan nafsu membeli mengawal diri sehingga mereka leka dan lupa bahawa mereka telah berbelanja di luar kemampuan mereka sendiri. Maksud "hutang" sendiri telah cukup untuk menjawab bahawa hutang tersebut ialah hutang melalui kad kredit.
Ini jelas terbukti apabila statistik yang dikeluarkan menunjukkan eksekutif muda di Malaysia yakni yang berpendapatan RM 2,000.00 dan ke bawah cenderung berhutang menggunakan kad kredit atau lebih di kenali sebagai "ceti moden". Ini kerana pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya
ditawarkan oleh institusi perbankan tertentu, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had
yang telah ditetapkan.
Memetik tulisan saudara Lokman Ismail (urusinsan.net), beliau mendapati kegagalan membayar hutang kad kredit menjadi punca banyak eksekutif
muda diisytiharkan muflis. Mereka baru bekerja dan mempunyai pendapatan
sekadar cukup lepas memenuhi syarat memiliki kad kredit. Jiwa muda sukar
mengawal diri daripada keinginan untuk bergaya. Jika boleh semua hendak
kelihatan hebat dan lebih berbanding orang lain. Sedangkan hakikatnya,
wang tunai tidak cukup untuk memenuhi kehendak itu.
Justeru, sebagai jalan mudah, mereka menggunakan kad kredit tanpa
memikirkan keupayaan membayar. Hidup nampak bergaya dan menarik pada
pandangan orang lain. Malangnya, diri sebenarnya diliputi hutang yang
jika tidak diuruskan dengan baik akan mencemarkan maruah diri. Jumlah
yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan
pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak
tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar
menjelaskan hutang yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.
Ingin MHS jelaskan disini, MHS bukannya mahu menghentam golongan berpendapatan pertengahan mahupun rendah cuma MHS mahu mengingatkan kita semua termasuk diri MHS sendiri bahawa menanggung hutang secara berlebihan mengatasi kemampuan diri patut dielakkan terutamanya di musim perayaan dan juga apabila tibanya musim persekolahan, di mana keperluan anak-anak perlu di utamakan. Berbelanjalah secara berhemah dan mengikut kemampuan diri sendiri. Apabila hidup kita tidak dikelilingi hutang sudah tentu kita akan merasa tenteram dalam menjalani kehidupan seharian.
Sabda Rasulullah bermaksud: ‘Barang siapa berhutang daripada
orang lain dan berniat membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya.
Akan tetapi barang siapa yang mengambil hutang dengan niat akan
membinasakannya (dengan tidak membayarnya), maka Allah akan
merosakkannya.’ (Hadis riwayat Bukhari).
Kesimpulannya, tidak salah jika ingin berbelanja menggunakan kad kredit, tapi gunakan ia secara berpada-pada...Ingat-ingat jangan sampai terperangkap dengan iklan syarikat di bawah semata-mata untuk membayar semula hutang kad kredit... ;)
Pesanan ikhlas khidmat komuniti ini dibawakan khas oleh crew MHS..Jikalau ada keterlanjuran bahasa, maaf zahir dan batin MHS ucapkan sekali lagi..
+ comments + 2 comments
orang muda pegang prinsip biar pape asal bergaye yang dok berhutang sakan. suruh belanje siket2 depa dok gelak2, manalah tak berhutang sakan...
Mudah
Murah
Terjamin dan
Sah di sisi undang-undang
Kami menggunakan kaedah Plan Pembayaran Mudah (atau 'Easy Payment Plan) yang telah terbukti berkesan dalam membantu ramai yang telah terjerumus ke dalam 'lembah' hutang kad kredit untuk keluar dari sistem yang amat memeritkan lagi menyeksakan ini.
Kunci kepada pengendalian ini ialah bagaimana kami boleh jadikan hutang tertunggak anda yang telah sekian lama 'terperap' dalam kad itu BEBAS dari interest atau dalam Islam dipanggil 'Riba'.
Apabila tiada interest maka hutang anda PASTI selesai dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana tiada bayaran 'bunga' yang akan dikenakan oleh bank lagi. Maknanya di sini anda akan bayar kepada bank setakat yang anda gunakan sahaja.
Kami akan tunjukkan cara atau kaedah yang betul dan selamat dalam menyelesaikan kad kredit walau pun akhirnya nanti anda tak jadi nak dapatkan perkhidmatan kami. Yang penting anda faham dan sedar punca kepada segala permasalahan yang berkaitan dengan hutang kad kredit anda dan bagaimana cara nak mengatasinya.
Memandangkan setiap kes adalah unik dan bergantung kepada kondisi serta keadaan serta tahap hutang masing-masing. Maka perkhidmatan ini adalah secara one-to-one session secara bersemuka dan sangat unik khusus untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit anda sahaja. Lebih istimewa lagi kerana kami akan berikan khidmat nasihat ini secara PERCUMA!
Jadi... Jangan buang masa... Tarikh akhir pembayaran hutang kad kredit dah semakin dekat dan bila sampai masa nanti anda harus membayar 'bunga' berserta bayaran2 lain sekiranya ada... Kalau berterusan macam ni ntah bila lah agaknya hutang nak selesai kan?
Tanpa membuang masa... Hubungi SEKARANG juga - 0193355399 atau 0389275399
Boleh juga hubungi saya secara online sama ada melalui Whatsapp / Viber / WeChat atau website rasmi EzPayment2U di http://www.ezpayment2u.com
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...