HARAMKAH JADI MAJALAH MANGGA..

5 Aug 20120 comments

Akhbar lidah PAS Harakah kini menjadi sebuah tabloid hiburan selepas banyak isi kandungannya menyiarkan berita-berita sensasi Abby Abadi. Harakah dilihat sengaja meletakkan Abby Abadi sebagai perisai untuk tidak membicarakan kes-kes dan kemelut yang berlaku di Selangor seperti Kes Talam Corp, Krisis Air Selangor , Krisis Air di Kelantan serta Kebolehmampuan bekas pegawai LIM GUAN ENG untuk memiliki sebuah rumah bernilai jutaan ringgit. 

Teguran MHS kepada Harakah, kalau nak jadi macam majalah hiburan, tirulah majalah Mangga yang lebih terhangat di pasaran berbanding Harakah. 

Harakah juga dilihat menimbulkan isu slogan Hari Kemerdekaan "Janji Ditepati" dan lagu tema "Janji Ditepati" dan diperbesar-besarkan. Mungkin perkara ini wajar diberi teguran, namun MHS lihat perkara ini sengaja diPERBESARkan HARAKAH dan adalah sangat dangkal untuk Harakah mengeluarkan isu ini berulang kali seperti ketandusan Isu dan bersifat remeh dan sengaja diperbesarkan demi menutup 'PERBALAHAN DI ANTARA PAS DAN KARPAL SINGH ANAK HARAM MENGENAI HUDUD". 

Memang ini menunjukkan editor HARAKAH sudah kering idea untuk mengeluarkan isu-isu menghentam TRANSFORMASI kerajaan sehinggakan Akhbar Harakah pada hari ini meletakkan tajuk "TRANSFORMASI BELA PERASUAH" .

"Kelakar dan menunjukkan kelemahan", ujar seorang bekas tentera yang mengakui kerap membeli Harakah. - MHS- 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team