RAJA BOMOH: PEGAWAI JAIS DILIHAT DI KLIA #prayforMH370 #MH370

12 Mar 20146comments

Pegawai JAIS dilihat di KLIA hari ini 13 Mac 2014

BERITA SEMALAM JAIS AKAN LETAKKAN PEGAWAI DI KLIA. 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.
Sepasukan 15 pegawai dan anggota Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, KLIA selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini.
Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.
Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama, 12 Mac, 2014.
Share this article :

+ comments + 6 comments

8 April 2014 at 07:15

난 정말이 블로그 는 뭔가 새롭고 흥미로운 읽을 수있는 큰 기쁨 이 좋아 .

voyance ; voyance par mail gratuite

5 May 2022 at 04:41

his comment is herelearn this here now this pageread here have a peek at this web-sitecheck this site out

19 May 2022 at 12:52

image source high quality replica bags imp source Loewe dolabuy pop over to these guys replica designer backpacks

6 June 2022 at 17:08

Your Domain Name here useful link official website site redirected here

8 June 2022 at 22:40

Get More Info go to these guys check over here visit homepage you could try these out visit this site

10 July 2022 at 20:25

Web Site designer replica luggage take a look at the site here dolabuy ysl read more dolabuy replica

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team