1.Setelah menjejak kaki di bumi Teluk Intan ini, maka suasana PRK itu memang terasa. Menyelusuri jalan-jalan besar Teluk Intan , ianya penuh dengan bendera-bendera parti - parti bertanding. Tidak lupa dengan gambar-gambar menarik calon PRK masing-masing dengan gaya yang pelbagai mengundang seribu satu persepsi positif bagi menarik minat pengundi yang menjadi BAHAN Pancingan.
2.Jentera parti bergerak dengan misi sendiri . Kiraan di dalam kepala ketua-ketua genderang perang ligat memikirkan strategi yang paling ampuh bagi mendapatkan nombor tertinggi dalam PRK kali ini.
3.Sekali pandang,ianya adalah pertandingan terbuka(Open Field). Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan . Undian berdasarkan kaum masih kedengaran di kem kedua-dua parti.
4.Namun, PRK Teluk Intan ini dilihat menguji "KECERDIKAN" otak masyarakat Cina. Pola undi Melayu dan undi Masyarakat India hampir pasti dapat ditentukan ketika ini, namun masyarakat Cina masih menjadi teka teki kerana calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional Dato' Mah Siew Keong nampak "appealing" di mata masyarakat Cina dengan kemudahan yang bakal diterima masyarakat Cina di situ, namun parti lawan , parti DAP dikatakan parti "favourite" masyarakat CINA walaupun pemilihan calon Melayu oleh DAP nampak macam kurang enak di mata masyarakat CINA.
5.Jika masyarakat CINA cerdik, sudah hampir pastinya BN akan menjadi pangkahan dengan tawaran PEMBANGUNAN dan peluang PERNIAGAAN yang berlipat ganda bakal dibawa ke Teluk INTAN yang tampaknya sangat didahagakan warga TELUK INTAN setelah dilihat jalan-jalan ke lorong-lorong rumah ke rumah masyarakat CINA pun tidak diurus baik oleh DAP selaku mantan parti yang mentadbir pada PRU 12 dan 13. Tidak lagi dilihat pada longkang-longkang dan sampah sarap yang langsung TIDAK DIURUS!! .
6.Masakan tidak, PRK Teluk Intan kali ini hanyalah mempunyai masa lebih kurang 3 tahun sahaja sebelum PRU 14 yang akan datang. Masyarakat CINA masih lagi mempunyai "exit door" pada PRU 14 untuk mengundi DAP sekiranya mereka tidak berpuas hati kepada parti GERAKAN yang diterajui BARISAN NASIONAL. Sekurang-kurangnya, tempoh 3 tahun ini memberikan peluang kepada TELUK INTAN untuk dibangunkan dan disejahterakan oleh DATO MAH SIEW KEONG, seorang politikus yang berpengalaman luas dalam pentadbiran dan mempunyai rekod yang cemerlang.
7.Calon DAP dan DAP hanya akan menjadi beban kepada masyarakat di Telok Intan bukan sahaja kepada masyarakat CINA, malah kepada masyarakat MELAYU dan INDIA.
8.NamPAKnya kini , Telok Intan menjadi medan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya untuk menguji sama ada orang-orang CINA di Teluk Intan
A) cerdik ataupun tidak dalam pemilihan pemimpin,
B) mudah dibakar oleh sentimen-sentimen perkauman ataupun tidak dalam pemilihan pemimpin dan
C) bersikap lebih terbuka ataupun tidak dalam pemilihan pemimpin!
-MHS Blogspot
-MHS Blogspot
+ comments + 4 comments
Tak payah merayu macam pengemis sewaktu nak pilihanraya. Buat malu jer!
Lepas PRK, keadaan tetap sama jer. Orang jadi Menteri ke, sampah dikutip tak dikutip ke, bina hospital atau sekolah lagi ke, semua janji-janji tinggal janji untuk PRK seterusnya.
Sekurang-kurangnya nampak wajar Dyana yang ceria Dan tak Hipokrit pon dah puas hati jika beliau menang.
Tak jugak. Tempat saya memang nampak perubahan bila ADUN yang dipilih telah memberikan perkhidmatan terbaik. Siap down to earth lagi. Mudah dihubungi dan mudah dapat bantuan. Rumah saya separuh terbakar, dapat bantuan ADUN. Faktor calon sangat penting. Ramai jugak ADUN yang bagus sebenarnya.
yg taip ni cina DAP ke?
Artikel yang sangat baik, seperti biasa. Ia mempunyai merit komen yang menarik.
voyance avenir gratuit en ligne
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...