RAHSIA DIPLOMASI YANG PERLU DIKETAHUI PEMIMPIN PR KALAU NAK JADI PM MALAYSIA!

22 May 20141comments

"BELAJAR PANDA-PANDA OKAY", Kata orang Ganu kepada pemimpin PR yang bercita-cita tinggi untuk ambil tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional. 
Pemimpin PR perlu melihat dari perspektif persekitaran hubungan antarabangsa dan bukan setakat jaguh kampung yang diwakili mereka jika mahu mengambil alih KERAJAAN. Pemimpin PR perlu tahu simbol dan gaya diplomasi antarabangsa, jika tidak selepas PR ambil alih pemerintahan kemungkinan Malaysia untuk lenyap dari peta dunia mungkin boleh berlaku kerana kebodohan Pemimpin PR yang telah memegang kuasa untuk berDIPLOMASI!  
 "BELAJAR PANDA-PANDA OKAY"



1. China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner)Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut. 

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia - Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut.

4. Terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini. 

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia - China. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran! 

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia. 

9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China - sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan - selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.


10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!


Nota Kaki:"Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.


Share this article :

+ comments + 1 comments

18 June 2014 at 02:00

Tahniah untuk kerja-kerja yang sangat baik anda dan memberi peluang kepada kami untuk 'tergantung' Smart!

voyance par mail ; voyance gratuite par mail

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team